Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Assalamualaikum WBT,
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) sedang menjalankan Soal Selidik Kajian Motivasi Zakat Harta & Penghargaan UMS. Kajian ini bertujuan menilai tahap motivasi warga UMS dalam menunaikan zakat harta serta keberkesanan pemberian hadiah/cenderahati sebagai bentuk penghargaan.
 
Sehubungan itu, semua warga UMS dijemput untuk mengambil bahagian dengan mengisi soal selidik yang disediakan dalam tempoh berikut:
🗓️ Tarikh: 13 – 21 Disember 2025
⏰ Masa: Sepanjang tempoh kajian
📍 Medium: https://forms.office.com/r/SnS5g9Btj3
 
Penyertaan dan pandangan YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan amat penting bagi membantu Pusat Islam UMS memperkukuh strategi motivasi pembayaran zakat harta serta meningkatkan keberkesanan program penghargaan kepada kakitangan.
 
“Dan tunaikanlah solat dan laksanakanlah zakat; serta taatilah Rasul; nescaya kamu beroleh rahmat.” (Surah An-Nur 24:56)
 
Sebarang persoalan, sila hubungi:
-UNIT ZAKAT, PUSAT ISLAM UMS
Di talian Hotline Pusat Islam:-
 
☎️Directline : 088-320 624
📧Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
📞Pn. Noorisah 013 285 5378
📞Pn. Kartini 019 804 2698
📞Cik. Noorfazlina 013 808 5856
 
#membangunbersamaasnaf
#menyantuniasnafpelajar
#zakatmembawaberkat
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia


MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN KEMUDAHAN TAMBANG ZIARAH WILAYAH TAHUN 2026
 
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan pemakluman ini bolehlah menghubungi:
💻📨 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
🌶️📲 088-329 068
 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

YBrs. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
2.    Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Jabatan Pendaftar mempelawa kepada semua kakitangan UMS Lantikan tetap/ baharu/lantikan semula/ tukar lantik yang memenuhi syarat untuk mengemukakan permohonan Pengesahan Dalam Perkhidmatan melalui modul modul Pengesahan Perkhidmatan HROnlineV4: https://registrar.ums.edu.my/
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

MAKLUMAN PENGISIAN PERANCANGAN PEROLEHAN TAHUN 2026
 
Bersama ini dimajukan makluman pengisian perancangan perolehan tahun 2026
 
Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung terus dengan Bahagian Pengurusan Perolehan, Jabatan Bendahari di talian 088-320000 (samb: 200516)/ e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
 
Terima kasih
 
Bahagian Pengurusan Perolehan, 
Jabatan Bendahari