Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
 
Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kota Kinabalu (PBAKK) 2025, Penerbit UMS dengan sukacitanya menjemput warga akademik, pelajar dan orang awam untuk menyertai Bengkel Penulisan Modul Pengajaran (PDP) yang disampaikan oleh Dr. Roosfa Hashim, Yayasan Karyawan.
 
Tarikh:           12 November 2025 (Rabu)
Masa:             9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat:         Bilik Seminar, Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu
Penceramah: Dr. Roosfa Hashim, Ketua Eksekutif, Yayasan Karyawan  

Apa yang bakal anda peroleh selepas mengikuti bengkel ini?
  • Pengenalan kepada penulisan modul pengajaran (PDP).
  • Komponen asas modul PDP mengikut tahap pendidikan
  • Ciri-ciri penting modul PDP untuk semua tahap.
  • Ciri-ciri penggunaan bahasa dalam modul PDP.
  • Strategi untuk penggunaan bahasa.
  • Strategi membantu pemahaman dan peringatan pelajar.
  • Strategi meningkatkan penguasaan dan keyakinan pelajar.
  • Strategi memperkaya tulisan dengan bahan ilustrasi dan grafik.
  • Berpeluang untuk menerbit dengan Penerbit UMS.
 
Borang pendaftaran:
 
Maklumat lanjut, sila hubungi:
Puan Veron: +6014-558 6647
Puan Alecia: +6014-677 7518
Cik Adhwa: +6018-874 0721

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

📢 KEMPEN POTONGAN ZAKAT PENGGAJIAN KAKITANGAN UMS SERENDAH RM10/BULAN BAGI KAKITANGAN UMS YANG TIDAK LAYAK BERZAKAT
 
“Sedikit Dikongsi, Besar Ganjaran”
 
Jom sama-sama rebut peluang pahala!
Anda boleh menunaikan zakat penggajian untuk kakitangan UMS serendah RM10 sebulan sahaja 💼✨
 
Potongan gaji terus boleh di lakukan melalui (HRonline UMS)
🔗 http://registrar.ums.edu.my
 
✅ Membersihkan harta & menyucikan jiwa
✅ Tanda kesyukuran atas rezeki yang diterima
✅ Membantu asnaf melalui program kebajikan Pusat Islam UMS
 
Sebarang persoalan, sila hubungi:-
UNIT ZAKAT, PUSAT ISLAM UMS
Di talian Hotline Pusat Islam:-
☎️Directline : 088-320 624
📧Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
📞Pn. Noorisah 0132855378
📞Pn. Kartini 0198042698
📞Cik. Noorfazlina 0138085856
 
#UMSZakatPenggajian 
#UMSGlobalReputation
#UMSBrainOfBorneo
#UMShare

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

Borang Permohonan / Pencalonan Anugerah Khas Tun Canselor Sempena Majlis Anugerah Penyelidikan UMS Tahun 2025
 
Assalamualaikum & salam sejahtera
 
YBrs. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) mempelawa YBrs. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan untuk mengisi borang permohonan / pencalonan Anugerah Khas Tun Canselor Sempena Majlis Anugerah Penyelidikan UMS Tahun 2025.
 
Bersama-sama ini dilampirkan borang pencalonan / permohonan yang turut mengandungi kriteria pemilihan. Borang permohonan yang telah lengkap perlu dihantar melalui email (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) SEBELUM atau PADA 16 OKTOBER 2025, JAM 5.00 PETANG.
 
Untuk sebarang persoalan boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyelidik dari Bahagian Pengurusan Strategik & Kecemerlangan Penyelidikan PPP, En. Mohd. Aminur Faiz bin Suis di talian 0195372210 atau emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Sekian.