Pengumuman Daripada: U-Science UMS

 

Bah! Jom Sertai Kami...
 
”PROGRAM 3S: STEM SPEAKER SERIES”
 
📔 Tajuk : Masa Depan Cuaca, Iklim dan Air Merentas Generasi
🗓️ Tarikh : 022 Mei 2023 (Isnin)
🕰️ Masa : 02.30 Pagi - 03.30 Pagi
📍 Platform : Youtube Pusat Uscience UMS
 
🔗 YouTube Live
Pautan/Link: https://youtube.com/live/kdqF3avT218
 
ANDA semua adalah dijemput;
 
🆓 Penyertaan adalah PERCUMA untuk semua.
📌 Mata IDP/SDP akan diberikan (kepada staf dan pelajar UMS).
📜 E-Sijil akan diberikan kemudian.
 
Anjuran U-Science UMS dengan sokongan penuh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah.
 
Jom Follow Kami:
 
Facebook:
https://www.facebook.com/Uscience-UMS-107059204930998/
 
Instagram:
https://www.instagram.com/Uscience_UMS.Official
 
YouTube:
https://www.youtube.com/channel/UCtD_hus5OG-II22UYgfb9Hg
 
#UScienceUMS
#KSTI
#KSS
#SabahMajuJaya
#UniversitiMalaysiaSabah
#3SSTEMspeakerseries
#sokongpendidikanSTEM
#welearnweplaywediscover
#STEMUMS

 

 

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

YBhg. Datuk /Datin /YBrs. Prof. /Prof. Madya /Dr. /Tuan /Puan,

Selaras dengan Surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan : MOF.BKSK(S) 600-1/7/6 Jld.4 (3) bertarikh 10 April 2023 : Perubahan Tarikh Emolumen Bulan Mei 2023 kepada Pegawai Perkhidmatan Awam dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 tahun 2023 – Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2023 rujukan JANM.BKP.600-14/1/11 Jld.5 (10) bertarikh 11 April 2023 bersetuju tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2023 adalah seperti yang ditetapkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuat kuasa.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Bil. 6/2023 pada 08 Mei 2023 telah bersetuju dan meluluskan pembayaran gaji bulan Mei 2023 dibayar pada 19 Mei 2023 (Jumaat) selaras dengan perkara seperti di atas.

Sekian, terima kasih.

 

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Sektor Perkhidmatan Kakitangan

Bahagian Bayaran Pembekal dan Kakitangan

Jabatan Bendahari

18 Mei 2023

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar

 

Warga UMS (pelajar dan staf) adalah dijemput untuk menyertai program Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP) sempena National Training Week (NTW) 2023 yang akan berlangsung pada 22 Mei sehingga 28 Mei 2023. Penyertaan daripada warga UMS dan juga orang awam amatlah dialu-alukan.

 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

 

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,
 
Tuan-tuan dan puan-puan,
 
Pihak Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Fakulti Sains Makanan & Pemakanan menjemput tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 20 Mei 2023
 
Masa: 9.00am - 12.00pm (Secara dalam talian)
 
Bagi yang berminat boleh mengisi borang seperti yang disediakan.
 
Borang Pendaftaran Kursus Latihan Pengendali Makanan SLPM UMS 2023: https://forms.office.com/r/w0TJJB5gPA