Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Marin Borneo

 

YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa  IPMB, UMS sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan Institut.
 
Mohon jasa baik YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik agar dapat meluangkan sedikit masa untuk mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan   https://eoffice.ums.edu.my/e-respon/kepuasan_pelanggan.php?id=7&key=IPMB atau imbas kod QR yang tertera.
 
Maklumbalas daripada semua amat kami hargai.
 
Terima kasih kerana berurusan dengan IPMB.

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

PENCARIAN VENDOR JUALAN
Sempena Majlis Konvokesyen Kali ke-27
 
Tempoh Jualan: 3-26 November 2025
Masa: 8.00am - 5.00pm
Tempat: Perkarangan Bangunan Perpustakaan UMS
 
Tarikh tutup penyertaan: 31 Oktober 2025
 
Sila imbas kod QR untuk pendaftaran atau klik pautan berikut;
 
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Rohana (0164122460)/ Puan Noraini (0168228885)

 
Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
 
 
 
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🌸
 
Dimaklumkan bahawa semua kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) adalah DIWAJIBKAN untuk melengkapkan dua (2) kajian nasional yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi tahun 2025 seperti berikut:
 
🧠 1. Kajian Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia (Perkhidmatan Awam) [IKPM-PA] 2025 (semua staf lantikan tetap dan kontrak)
📅 Tempoh: 15 Oktober – 15 November 2025
🎯 Tujuan: Menilai tahap kesejahteraan psikologi penjawat awam melalui 5 dimensi – emosi positif, emosi negatif, kepuasan hidup, kesejahteraan sosial & kefungsian psikologi.
 
🏢 2. Penilaian Ideal Peribadi Organisasi (iNSAN – KPT) (staf lantikan tetap sahaja)
📅 Tempoh: 15 Oktober – 15 November 2025
🎯 Tujuan: Mengukur kesejahteraan dan keserasian nilai peribadi serta organisasi dalam kalangan penjawat awam.
 
✅ Tindakan Diperlukan:
Semua staf diminta melengkapkan kedua-dua penilaian sebelum 15 November 2025.
 
Daripada,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
28 Oktober 2025

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Perkhidmatan Akademik

 

Bahagian Perkhidmatan Akademik , Jabatan Pendaftar, sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada semua pelanggan, bagi mencapai tujuan tersebut tuan/puan dipohon untuk memberi maklum balas dan cadangan dengan melengkapkan borang soal selidik ini.
 
Berikut pautan Kod QR E-Rating:
 
Berikut pautan Kod QR Kajian Kepuasan Pelanggan: