Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, UMS

 

Dimaklumkan bahawa perkhidmatan rangkaian tanpa wayar (WiFi) dan berwayar (wired) di Fakulti Kejuruteraan (FKJ) akan mengalami gangguan kerana penutupan bekalan elektrik di bangunan Fakulti Kejuruteraan (FKJ) oleh pihak Lektronex Engineering Sdn. Bhd. bagi kerja-kerja perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan secara semi-komprehensif bagi sistem mekanikal dan elektrikal (kampus induk) di Universiti Malaysia Sabah.

Tarikh: 20 & 21 Mac 2021 (Sabtu & Ahad)
Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang
Tujuan: Penggantian Air Circuit Breaker oleh pihak Lektronex Engineering Sdn. Bhd.
Catatan: Sekiranya kerja penggantian siap pada 20/3/2021 tidak ada penutupan bekalan pada 21/3/2021.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS

 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Sukacita dimaklumkan, permohonan untuk mengikuti Kursus Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) UMS Siri 1/2021 telah dibuka dan dicadangkan akan diadakan pada keterangan berikut :

 

Cadangan Tarikh : 12-16 April 2021 (Isnin-Jumaat) dan 19-23 April 2021 (Isnin-Jumaat)

Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : Akan dimaklumkan kelak

 

3. Sehubungan dengan itu, Kursus Pengajaran dan Pembelajaran adalah antara satu daripada syarat WAJIB pengesahan dalam perkhidmatan bagi Kakitangan Akademik selain Program Transformasi Minda. Sehubungan itu, kepada para pensyarah yang masih belum disahkan jawatan dan belum mengikuti kursus ini boleh memohon untuk menyertai kursus dengan melengkapkan borang permohonan kursus di pautan berikut : https://forms.gle/BttZtN9ZzBKuxrBY9 sebelum 26 Mac 2021 (Jumaat). Selain daripada itu, bagi Kakitangan Akademik sandangan kontrak juga dialu-alukan untuk mengikuti kursus ini tertakluk dengan syarat dan kelulusan Unit Pengurusan Kompentensi, Bahagian Sumber Manusia, UMS.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan urusetia kursus, Encik Mohd.Nizam Bin Abd Muttalib melaui emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau  / sambungan : 103337 / 013-8554373