Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS
 
 
 
Assalamualaikum WBT,
 
🕋 KAUNTER BERGERAK TABUNG HAJI 🕋
 
Pusat Islam UMS dengan kerjasama Tabung Haji akan mengadakan kaunter bergerak Tabung Haji pada ketetapan berikut:-
 
📅 TARIKH    : 17HB OKTOBER 2025 (JUMAAT)
⏰ MASA       : 9:00 PAGI SEHINGGA 4:00 PETANG
📍 TEMPAT   : BILIK MENUNGGU PUSAT ISLAM UMS
 
 📌https://maps.app.goo.gl/k5An7jXpRogNLD9X7 
 
Diharapkan dengan adanya kaunter ini, dapat memudahkan urusan pelajar dalam membuka akaun Tabung Haji dan melancarkan permohonan bantuan zakat semester I - sesi 2025/2026.
 
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Zakat PIUMS:
Puan Noorisah (0132855378)
Puan Kartini (0198042698)
Cik Noorfazlina (0138085856)
 
#membangunbersamaasnaf
#menyantuniasnafpelajar
#zakatmembawaberkat
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

Assalamualaikum WBT,
 
Pusat Islam UMS mempelawa kepada semua mahasiswa Universiti Malaysia Sabah yang menjalani pengajian secara sepenuh masa untuk memohon bantuan zakat pelajar bagi Semester 1 Sesi 2025/2026.
 
📍 Permohonan ini dibuka pada 13hb Oktober 2025 (Isnin) sehingga 17hb November (Isnin) 2025 dan permohonan ditutup pada jam 11:59pm.
 
🔗 Permohonan adalah atas talian melalui website SMP pelajar UMS: https://smp.ums.edu.my/ 
 
Diharapkan semua pemohon yang memohon bantuan zakat menepati syarat am permohonan seperti yang tertera pada poster hebahan.
 
Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi:
☎️Hotline Pusat Islam UMS: 088-320 624
✉ Emel Zakat UMS: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
 
#membangunbersamaasnaf
#menyantuniasnafpelajar
#zakatmembawaberkat
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

Katalog HUMSPharma
 
🫀 Tahukah Anda? 
 
Hipertensi (Tekanan Darah Tinggi)
Hipertensi digelar “pembunuh senyap” kerana kebanyakan pesakit tidak ada gejala, tetapi boleh merosakkan jantung, buah pinggang, otak, dan mata jika tidak dikawal.
Kenapa perlu pantau?
✔ Mengesan masalah lebih awal
✔ Menilai keberkesanan ubat atau perubahan gaya hidup
✔ Berkongsi bacaan tepat dengan doktor untuk rawatan yang lebih baik
👉 Kawal kesihatan anda dengan OMRON Blood Pressure Monitor
📌 Dapatkan hari ini di HUMSPharma!
🛒  Pesan Disini
 

 
🍬 Tahukah Anda? 
 
Diabetes
Diabetes berlaku apabila badan tidak dapat menghasilkan atau menggunakan insulin dengan betul, menyebabkan paras gula dalam darah tinggi. Jika dibiarkan, ia boleh membawa kepada kerosakan saraf, kegagalan buah pinggang, masalah jantung, dan buta.
Kenapa perlu pantau?
✔ Mengelakkan paras gula terlalu tinggi atau rendah yang berbahaya
✔ Membantu kawalan diet & senaman harian
✔ Mencegah komplikasi serius dan mengurangkan kos rawatan hospital
👉 Lindungi diri anda dengan Accu-Chek Glucometer – cepat, tepat, dan dipercayai di seluruh dunia.
📌 Kini boleh didapati di HUMSPharma!
🛒  Pesan Disini

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Assalamualaikum WBT YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacitanya, pihak PIUMS membuka penyertaan Infaq Saham Akhirat (secara potongan gaji bulanan) kepada semua bagi membantu golongan yang memerlukan mahupun yang kurang berkemampuan. Sumbangan ini juga digunakan untuk:
 i) Pembelian barang dan peralatan keperluan
ii) Pembayaran Penceramah/ Fasilitator/ Sukarelawan
iii) Pembinaan/ Pembaikan fasiliti masjid
iv) Pembelian atau pembinaan bangunan
v) Sebarang penganjuran aktiviti berkaitan Infak Saham Akhirat
 
Cara Penyertaan:
Log masuk ke HROnline v4.0
➡ Pilih Menu
➡ Klik Pusat Islam UMS
➡ Pilih Infak
➡ Klik Infak Saham Akhirat
 
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada: 
📞 Puan Fazelah:016-8655694
📞 Encik Ghazali: 014-9126809
 
Rasulullah SAW bersabda:- "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah, dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah SWT tambahkan kemuliaan baginya." (HR Muslim)
 
Semoga sumbangan yang diberikan menjadi saham dan bekalan di akhirat kelak, insya-Allah
 
#infaksahamakhirat
#UMSShare
#asnafums