Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

PENGEMASKINIAN LAPORAN PEMANTAUAN BAGI PROGRAM/PROJEK PENYELIDIKAN DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (DP KPT) BILANGAN 2 TAHUN 2025
  
Sepertimana YBrs.Prof./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, program/projek penyelidikan yang diluluskan di bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) adalah tertakluk kepada Pemantauan berjadual sepanjang tempoh pelaksanaan penyelidikan. Pemantauan ini bertujuan memastikan pelaksanaan program/projek penyelidikan berjalan mengikut perancangan dengan mengambil kira pencapaian semasa prestasi fizikal dan kewangan serta bagi memastikan pemantauan di peringkat IPT/Institusi dapat dilakanakan dengan berkesan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan.  
 
Untuk tujuan tersebut Sesi Pemantauan bagi Program/Projek Penyelidian di bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) Bilangan 2 Tahun 2025 telah dibuka yang merangkumi skim geran penyelidikan berikut :
 
  1. Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2021 sehingga Fasa 1/2024.
  2. Skim Geran Penyelidikan Fundamental-Penyelidik Muda (FRGS-EC) Tahun 2024
  3. Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2023 sehingga Fasa 1/2024.
  4. Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) Fasa 1/2019 sehingga Fasa 1/2020
Laporan Prestasi bagi kitaran pemantauan bilangan 2 Tahun 2025 hendaklah disediakan secara manual memandangkan Sistem MyGRANTS masih tidak dapat diakses pada masa ini. Pelaporan adalah pencapaian data sehingga 30 September 2025 bagi semua projek penyelidikan mengikut geran penyelidikan masing-masing. Bagi projek yang telah berstatus tamat, ketua penyelidik hendaklah mengemukakan Laporan Akhir mengikut format yang telah disediakan dengan mengisi Borang Final Report yang dilampirkan. Borang-borang berkaitan boleh di muat turun melalui Kod Qr yang tertera di poster infografik. 
 
Laporan pemantauan perlu dilengkapkan melalui Borang yang dilampirkan (mengikut skim geran penyelidikan masing-masing) berserta dokumen pembuktian dan dikemukakan ke Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  sebelum atau pada 25 Oktober 2025 (Sabtu, sebelum atau pada jam 12:00 tengah hari).
 
6. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Puan Rohani Binti Hadi di nombor telefon : 016-8032554 atau Encik Afendih Ambrih di nombor telefon : 013-8216167.
 
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
 
Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kota Kinabalu (PBAKK) 2025, Penerbit UMS dengan sukacitanya menjemput warga akademik, pelajar dan orang awam untuk menyertai Bengkel Jana Pendapatan sebagai Pempengaruh Buku yang disampaikan oleh Encik Hafiz Latiff, Presiden Persatuan Booktube Malaysia.
 
Tarikh:              15 November 2025 (Sabtu)
Masa:                9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat:      Bilik Seminar, Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu
Penceramah: En. Hafiz Latiff, Presiden persatuan Booktube Malaysia  

Apa yang bakal anda peroleh selepas mengikuti bengkel ini?
  • Memahami proses penerbitan dan strategi pemasaran buku.
  • Menerapkan kaedah membina jenama diri sebagai pempengaruh buku.
  • Mengetahui peluang penjanaan pendapatan melalui karya dan pengaruh penulisan.
  • Membina rangkaian serta keyakinan untuk berkarya secara berterusan.
  • Berpeluang untuk menerbit dengan Penerbit UMS.
 Borang pendaftaran:
 
Maklumat lanjut, sila hubungi:
Puan Veron: +6014-558 6647
Puan Alecia: +6014-677 7518
Cik Adhwa: +6018-874 0721
 
Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kota Kinabalu (PBAKK) 2025, Penerbit UMS dengan sukacitanya menjemput warga akademik, pelajar dan orang awam untuk menyertai Bengkel Penulisan Buku Kanak-Kanak: Dari Idea ke Ilustrasi.
 
Tarikh:         15 November 2025 (Sabtu)
Masa:           9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat:      Bilik Seminar Kapalai, SICC
Penceramah: Puan Sayidah Mu'izzah, Pengasas Legasi Oakheart
 
Apa yang bakal anda peroleh selepas mengikuti Bengkel Penulisan Buku Kanak-kanak?
- Fahami dunia dan minat pembaca kanak-kanak.
- Kuasai teknik penulisan yang sesuai dan menarik.
- Belajar gaya bahasa mengikut umur.
- Cipta watak dan jalan cerita yang dekat di hati kanak-kanak.
- Tip penerbitan dan pemasaran buku kanak-kanak.
- Berpeluang untuk menerbit dengan Penerbit UMS.
 
 
Maklumat lanjut, sila hubungi:
Puan Veron ‪‪‪‪‪+6014-558 6647
Puan Alecia ‪‪‪‪‪+6014-677 7518
Cik Adhwa ‪‪‪‪‪+6018-874 0721

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kota Kinabalu (PBAKK) 2025, Penerbit UMS dengan sukacitanya menjemput warga akademik, pelajar dan orang awam untuk menyertai Bengkel Penulisan Karya Popular yang disampaikan oleh Encik Hafiz Latiff, Presiden Persatuan Booktube Malaysia.
 
Tarikh:   14 November 2025 (Jumaat)
Masa:     9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Bilik Seminar, Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu
Penceramah: Penceramah: En. Hafiz Latiff, Presiden persatuan Booktube Malaysia  
 
Apa yang bakal anda peroleh selepas mengikuti bengkel ini?
 
•         Fahami trend dan citarasa pembaca semasa.
•         Kuasai teknik penulisan yang mampu memikat penerbit.
•         Belajar gaya bahasa yang segar dan mudah difahami.
•         Cipta watak serta jalan cerita yang dekat di hati pembaca.
•         Strategi menjadikan karya lebih komersial dan bernilai jualan.
•         Tip penerbitan dan pemasaran buku secara berkesan.
•         Berpeluang untuk menerbit dengan Penerbit UMS.
 
Borang pendaftaran:
 
Maklumat lanjut, sila hubungi:
Puan Veron: +6014-558 6647
Puan Alecia: +6014-677 7518
Cik Adhwa: +6018-874 0721

 

Announcement From: UMS Press

 

Assalamualaikum and salam sejahtera,
 
In conjunction with the Kota Kinabalu International Book Fair (PBAKK) 2025, UMS Press is pleased to invite academics, students, and the general public to participate in the Workshop on Journal Management and Indexation for Editors, Managing Editors and Publishers conducted by Professor Dr Abrizah Abdullah, Universiti Malaya.
 
Date:        13 November 2025 (Thursday)
Time:         9.00 a.m. - 5.00 p.m.
Venue:      Seminar Room, Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu
Speaker: Prof. Dr. Abrizah Addullah, University Malaya

What the participants will gain from this workshop?
  • To equip journal editors/ managing editors/ publishers with the knowledge, tools, and strategies to enhance journal quality, streamline editorial workflows, and achieve successful indexation in national and international databases (MyCite, Scopus, Web of Science).
  • Strengthen understanding essential skills, ethical frameworks, and strategic insights needed to enhance editorial quality, streamline workflows, and strengthen journal's academic impact.
  • Learn best practices in quality control, editorial strategy, and transparent publishing to enhance credibility, reproducibility, and trust in academic research.
  • Understand the requirements and application processes for major indexing databases.
  • Evaluate institutional journals against MyCite/ Scopus/ Web of Science criteria.
  • Create a personalized roadmap for journal’s improvement on specific challenges (indexation, workflow, ethics).
 
Registration form:
 
Maklumat lanjut, sila hubungi:
Puan Veron: +6014-558 6647
Puan Alecia: +6014-677 7518
Cik Adhwa: +6018-874 0721