Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera YBhg. Datuk & YBrs. Prof./Dr. /Tuan/Puan, 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Bersama ini disertakan infografik berkaitan Penutupan Akses Permohonan Work From Home/Bekerja Dari Rumah (WFH/BDR) oleh Kakitangan UMS melalui Sistem HRONLINE V4.0 untuk rujukan dan hebahan di peringkat JAFPIB masing-masing. 

Perhatian dan kerjasama di pihak YBhg. Datuk & YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Pengajian Islam

 

Yang Berbahagia Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 
Dimaklumkan bahawa Fakulti Pengajian sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan prestasi kami dari semasa ke semasa.
 
Sehubungan itu, mohon jasa baik Yang Berbahagia Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan meluangkan sedikit masa melengkapkan soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan dibawah :
 
1. Pautan Kajian Kepuasan Pelanggan, Fakulti Pengajian Islam, UMS : https://eoffice.ums.edu.my/e-respon/counter_rating.php?id=128&key=212766522e408b097e63f938364cdf9022837733 
 
2. QR Kod Kajian Kepuasan Pelanggan, Fakulti Pengajian Islam , UMS  
 
Pandangan YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.