Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf

 

Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW) mempelawa orang ramai untuk membeli Nombor Plat UMS dan berpeluang menikmati diskaun sebanyak 30% sempena Hari Kebangsaan Malaysia.

Jangan lepaskan peluang hebat ini. Promosi dilanjutkan sehingga 5 Oktober 2025.

Maklumat lanjut, sila imbas kod QR disediakan.

Terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pemantauan dan Pematuhan, Jabatan Bendahari

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Sesi Perkongsian Pelaksanaan Pengecualian Cukai Di Bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 UMS Bil.2/2025 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut;
 
📆 Tarikh     : 29 September 2025 (Isnin) 
🕝 Masa       : 9.00 pagi
🛰 Tempat   : Secara Atas Talian (Webex)
 
✅ Terbuka Kepada Semua Ketua Pentadbiran/Pegawai Penyelaras Persatuan Pelajar/Wakil Persatuan Pelajar/Pelajar dan
      semua kakitangan yang berminat (terlibat dengan penganjuran aktiviti/program)
 
Sesi perkongsian boleh diakses melalui pautan seperti berikut:
 
🛰 Pautan Sesi Perkongsian :
 
❓Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Urus setia seperti berikut:-
📱www.wasap.my/6019-8007108 (Encik Jipin Helion)
📞Ext: 200503
🖥️ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
(Sektor Pemantauan dan Pematuhan)

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Farmasi, Hospital UMS

 

Buletin Farmasi HUMS – Edisi Pertama Tahun 2025
 
📢 Buletin Farmasi HUMS – Edisi Pertama Tahun 2025
 
Selamat petang semua,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Buletin Farmasi HUMS – Edisi Pertama Tahun 2025 kini telah diterbitkan. Buletin ini menampilkan informasi terkini berkaitan formulari ubat HUMS sebagai rujukan bersama.
 
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua warga HUMS, khususnya pengamal perubatan.
 
Sekian, terima kasih.
 
 

 

Pengumuman Daripada: Jawatankuasa Publisiti dan Promosi, Kelab Staf Perpustakaan UMS

 

🎉 MASANYA SUDAH TIBA!! 🥳
 
SUKAN KELAB STAF PERPUSTAKAAN, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (KSPUMS) 2025
 
🗓️ 17 - 20 September 2025
⏰ Masa
* Rabu - Jumaat (4:00 Petang)
* ⁠Sabtu (8:00 Pagi)
 
📍 Lokasi
* Koleksi Kanak-kanak,Perpustakaan
* Gelanggang Arena, UMS (Sabtu)
 
💥 Ayuhh! Tunjukkan semangat kesukanan anda!  🎊🎉🥳
 
Walau bagaimanapun, Perpustakaan akan terus beroperasi seperti biasa mengikut jadual pembukaan yang telah ditetapkan.
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf

 

 

Hebahan Kepada Ketua JAFPIB - Pemakluman Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) Bagi Perkhidmatan Sewaan Secara One-Off dan Berkontrak Di UMS
Hebahan Kepada Syarikat / Penyewa / Pengusaha di UMS - Pemakluman Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) Bagi Perkhidmatan Sewaan Secara One-Off dan Berkontrak Di UMS

 

Dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Bil.12/ 2025 (392) bersetuju untuk menguatkuasakan pelaksanaan kutipan SST bagi perkhidmatan sewaan bermula pada 1 September 2025.
 
Sehubungan itu, semua perkhidmatan sewaan secara one-off dan berkontrak di UMS akan dikenakan SST pada kadar lapan peratus (8%) selaras dengan arahan/ ketetapan daripada pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM). Sebagai tambahan, setiap invois dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Bendahari kepada pihak syarikat/ penyewa/ pengusaha akan memaparkan butiran SST yang jelas seperti yang ditetapkan dalam Akta Cukai Perkhidmatan 2018.
 
Maklumat lanjut sila berhubung dengan Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW), Universiti Malaysia Sabah.
 
Terima kasih.