PENGUMUMAN DARIPADA : PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PPUMS)
 
SUBJEK : MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PPUMS) KALI KE-13/2019
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Pengurusan Dan Profesional (PPUMS) kali ke-13 akan diadakan seperti berikut:
  
Tarikh 
:
15 April 2019 (Isnin)
Masa         
:
8.30 Pagi
Tempat
:
Bankuasi, Dewan Canselor, UMS
 
Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput menghadiri Mesyuarat Agung tersebut dan mengesahkan kehadiaran melalui https://goo.gl/forms/tRGkoNKd7fgoYfby1.  
 
Sukacita sekiranya tuan/puan dapat mengemukakan Borang Cadangan Usul dan Borang Penamaan Calon kepada Puan Alna Tugon (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) samb. 1317 atau Puan Noorisah Taljid (noorisahAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) samb. 2743 pada atau sebelum 8 April 2019 (Isnin). 
 

PENGUMUMAN DARIPADA : FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
SUBJEK : PENGANJURAN 2ND BORNEO QUALITY OF LIFE CONFERENCE 2019
 
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah akan menganjurkan “2nd BQOL 2019” seperti butiran berikut:-
 
Tarikh           : 28-30 Ogos 2019 (Rabu-Jumaat)
Tempat          : Auditorium Utama,Blok B, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah
Masa              : 8.00 pagi – 5.00 petang
 
3.       Sehubungan  itu, bagi pihak penganjur, kami menjemput kepada semua kakitangan di bawah pimpinan Y.Bhg. Dato’ Sri/Dato’/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan/Encik/Cik yang berminat untuk menghadiri persidangan ini.