Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

MAKLUMAN PENDAFTARAN PESERTA SIJIL PROFESIONAL PENGURUSAN MASJID (SPPM) SIRI 1 SESI 2026 – KINI DIBUKA
 
Assalamualaikum WBT, Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengajian Islam Sepanjang Hayat (PISH), Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) membuka pengambilan peserta bagi Sijil Profesional Pengurusan Masjid (SPPM) Siri 1 Sesi 2026.  
 
📌 PENDAFTARAN 
Borang pendaftaran boleh diakses melalui pautan berikut: 
https://forms.gle/Uxg1aDuw31Qs2m8Z6  
 
🗓 TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 15 JANUARI 2026  
 
💳 YURAN PENGAJIAN 
➡️RM420 sahaja (bayaran boleh dibuat secara ansuran atau penuh)  
 
☎️ Sebarang Pertanyaan Sila hubungi Urusetia Sijil di talian: 
- Puan Noor Aznadira - 011 3382 1978 atau 
- ⁠Puan Noorisah Taljid - 013 285 5378   
 
#UMSShare 
#PusatIslamUMS 
#SPPM_PISH_PIUMS

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

MAKLUMAN PENDAFTARAN PESERTA SIJIL ASAS PENGAJIAN SYARIAH (SAPS) SIRI 1 SESI 2026 – KINI DIBUKA 
 
Assalamualaikum WBT, Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengajian Islam Sepanjang Hayat (PISH), Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) membuka pengambilan peserta bagi Sijil Asas Pengajian Syariah (SAPS) Siri 1 Sesi 2026.  
 
📌 PENDAFTARAN 
Borang pendaftaran boleh diakses melalui pautan berikut: 
https://forms.gle/TGK2xCDbsGCDRQNT6  
 
🗓 TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 15 JANUARI 2026  
 
💳 YURAN PENGAJIAN 
➡️RM820 sahaja (bayaran boleh dibuat secara ansuran atau penuh)
➡️RM420 (khas untuk pelajar UMS)  
 
☎️ Sebarang Pertanyaan Sila hubungi Urusetia Sijil di talian: 
- Puan Noor Aznadira - 011 3382 1978 atau 
- ⁠Puan Noorisah Taljid - 013 285 5378   
 
#UMSShare 
#PusatIslamUMS 
#SAPS_PISH_PIUMS

 
Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS
 
 
 
📢 MAKLUMAN TERKINI!
Akses ke Pangkalan Data Springer Nature telah diperbaharui bagi tahun 2026 dan kini boleh diakses seperti biasa melalui laman web Perpustakaan UMS.
🌐 https://www.ums.edu.my/library
 
📚 Teruskan pencarian jurnal dan bahan akademik anda tanpa gangguan!
 
#SpringerNature
#PangkalanData
#eResources
#PerpustakaanUMS
#UMSLibrary
#UniversitiMalaysiaSabah
#UMSGlobalReputation
#UMSBrainofBorneo

 

Pengumuman Daripada: Pusat Penyelidikan Ekonomi Biru & Keselamatan Maritim UMS

 

📢 JOM SINGGAH KE PASAR EKONOMI BIRU! 🌊

Pusat Penyelidikan Ekonomi Biru dan Keselamatan Maritim UMS menjemput semua warga UMS untuk berkunjung ke Pasar Ekonomi Biru yang akan diadakan di Pantai Kemudi Ilmu@ODEC pada butiran berikut:

 

Tarikh         : Bermula 2 Januari 2026 Setiap hari (Isnin – Ahad)

Masa           : 12.00 tengah hari – 6.30 petang

Tempat       : Zon A Pantai Kemudi Ilmu@ODEC UMS

 

Pelbagai jualan hasil laut, hasil pertanian dan  ikan bakar  menanti anda.

 

 

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
HEBAHAN PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 5 TAHUN 2025 - GARIS PANDUAN PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS (BEKALAN DAN PERKHIDMATAN) DAN LANTIKAN TERUS (KERJA-KERJA) DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH DAN BILANGAN 6 TAHUN 2025 - TARIKH PEMBAYARAN GAJI BULANAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BAGI TAHUN 2026
 
Tuan/Puan
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Bersama ini dilampirkan poster berkaitan Pekeliling Bendahari Bil. 5 Tahun 2025 - Garis Panduan Perolehan Pembelian Terus (Bekalan dan Perkhidmatan) dan Lantikan Terus (Kerja-Kerja) Di Universiti Malaysia Sabah dan Pekeliling Bendahari Bil. 6 Tahun 2025 - Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Universiti Malaysia Sabah Bagi Tahun 2026 untuk tujuan hebahan kepada semua PTJ. Pekeliling ini juga boleh dicapai melalui pautan berikut:
 
 
 
Kerjasama pihak tuan/puan berhubung perkara ini amat di hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.