Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr.,

 

PELANJUTAN TEMPOH PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN MALAYSIA LABORATORIES FOR ACADEMIA-BUSINESS COLLABORATION (MyLAB) 1/2025

Dimaklumkan bahawa hasil Mesyuarat Board of Governors (BOG) MyLAB Bil. 2 Tahun 2025 bertarikh 19 Disember 2025 telah memutuskan agar tempoh pembukaan permohonan geran MyLAB 1/2025 dilanjutkan sehingga 20 Januari 2026 bagi memastikan penilaian dalaman di peringkat universiti dapat dilaksanakan dengan teliti sebelum dikemukakan kepada JPT, KPT untuk proses penilaian seterusnya.

 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

✨KEMPEN BAYAR ZAKAT AKHIR TAHUN 2025✨
 
🎉✨🎁Hadiah cabutan bertuah menarik menanti anda
 
Sempena Penutup Tirai Tahun 2025
 
📌 Kempen bermula 22 sehingga 31 Disember 2025
 
Sukacitanya Pusat Islam UMS selaku Ejen Amil lantikan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) membuka kaunter bayaran zakat pada ketetapan berikut:
 
Hari : Setiap Hari Isnin - Jumaat
Masa : 9.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : Kaunter Zakat Pusat Islam UMS
 
“Zakat Tanggungjawab Kita, Manfaat Bersama”
 
#membangunbersamaasnaf
#menyantuniasnaf
#zakatmembawaberkat
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare