Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,

 
KURSUS KESEDARAN HALAL
 
YBhg. Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan, Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH), FSMP, UMS akan mengadakan Kursus Kesedaran Halal sepanjang tahun 2025. Dilampirkan poster kursus untuk rujukan selanjutnya.
 
Sekiranya berminat, YBhg. Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan boleh mendaftarkan diri dengan mengimbas QR Kod yang dilampirkan dalam poster atau mengisi borang melalui pautan yang disediakan (Pautan: https://forms.office.com/r/HXKqkAJ5bX
 
Apakah keperluan kursus ini untuk industri halal? Merujuk kepada Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020;
✅ Latihan kesedaran halal kepada pekerja baharu hendaklah dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh lantikan;
✅ Latihan kesedaran halal hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sekali kepada semua pekerja yang terlibat dengan aktiviti pemprosesan dan/atau perkhidmatan.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut program anjuran PPPH, klik pautan berikut: 
atau
Hubungi 0149323152 (Pn. Nurshada)

 

Pengumuman Daripada: Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS)

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
Bertemakan "Heritage, Development and Sustainability in Borneo”, kami mengajak penyertaan sebagai peserta atau pembentang kertas kerja terbuka kepada semua kakitangan dan pelajar.
 
Pendaftaran Peserta: https://upc.ums.edu.my/event/45/
 
Untuk maklumat lanjut:
💌 Sekretariat: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,

 
YBhg. Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan, Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH), FSMP, UMS akan mengadakan Kursus Latihan Pengendali Makanan sepanjang tahun 2025. Dilampirkan poster kursus untuk rujukan selanjutnya.
 
Sekiranya berminat, YBhg. Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan boleh mendaftarkan diri dengan mengimbas QR Kod yang dilampirkan dalam poster atau mengisi borang melalui pautan yang disediakan (Pautan: https://forms.office.com/r/1F4kTGqWNP)
 
Untuk makluman umum, kursus ini
✅ Wajib dihadiri oleh Pengendali Makanan 
✅ Yuran RM50 sahaja bagi setiap peserta
✅ Tempoh kursus 3 jam sahaja
✅ Kursus boleh diadakan secara bersemuka atau secara dalam talian 
✅ Sijil sah digunakan seumur hidup di seluruh Malaysia
✅ Sekolah latihan dan tenaga pengajar diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 
 
Untuk mengetahui lebih lanjut program anjuran PPPH, klik pautan berikut: 
atau
Hubungi 0168069717 (En. Fadhil)
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan semua kakitangan Akademik dan Pentadbiran adalah diingatkan untuk melengkapkan dan menyelesaikan pengisian e-LNPT Tahun Penilaian 2024 sebelum 31 Disember 2024 untuk mengelakkan masalah sistem. Borang e-LNPT boleh diakses melalui pautan https://registrar.ums.edu.my/staff/web/site/login

🗓 Tempoh pengisian PYD: sehingga 31 Disember 2024

Panduan Pengisian SKT Format Baharu dan Manual Tatacara Pengisian Sistem e-LNPT Pentadbiran https://shorturl.at/nvEI7

Panduan Manual Rujukan LNPT Guru Tahun 2021 (Pindaan 2022) https://shorturl.at/BvGff

Sebarang pertanyaan lanjut; Sektor Prestasi dan Psikologi Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

0168917313 / 0168065272 / 0168446578