Pengumuman Daripada: Jabatan Digital

 

YBhg.Prof./Prof. Nadya/Dr./Tuan/Puan,

IKLAN JUALAN LELONG ASET ALIH JABATAN DIGITAL [SIRI 1/2024]

Dengan segala hormat perkara diatas adalah dirujuk.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Digital akan mengadakan jualan lelongan aset alih pada ketetapan berikut:

 

BIL

TARIKH

TEMPAT

MASA

1.

29hb Oktober 2024 (Selasa)

Bilik Makmal,  Komputer Khusus 2, Aras Bawah

9.00-2.00 Petang

 

  1. Sehubungan dengan itu, bersama ini disertakan Kenyataan Jualan Lelong Aset Alih [KEW.PA-27 DAN KEW-PA 27(A) sebagai rujukan Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan. Pihak kami turut berbesar hati sekiranya perkara ini dapat dihebahkan kepada seluruh warga UMS dan orang awam. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung dengan Puan Rosliah @ Daphne Binti Lawrence, Ketua Pembantu Tadbir (P/O) di talian 018-2934215 atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Segala kerjasama dan perhatian puan, berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Iklan Jualan Lelong Aset Alih Jabatan Digital (Siri 1/2024)

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar

 

Assalamualaikum w.b.t, dan Salam Sajahtera,

PELANJUTAN PENYERTAAN ANUGERAH IKON KEUSAHAWANAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH!
 
Peluang anda untuk menyertai Anugerah Ikon Keusahawanan Universiti Malaysia Sabah 2024 kini dilanjutkan sehingga 8 November 2024 (Jumaat), jam 6:00 petang.
 
Jangan lepaskan peluang emas ini untuk mengetengahkan bakat dan inovasi keusahawanan anda! Kami mengalu-alukan pelajar, pensyarah, dan institusi UMS untuk mengambil bahagian dalam enam kategori menarik:
 
1. Anugerah Institusi Terbaik (Keusahawanan) – Tunjukkan kecemerlangan institusi anda dalam bidang keusahawanan.
2. Anugerah Ikon Usahawan Terbaik (Pelajar) – Untuk pelajar yang menyerlah dalam pencapaian keusahawanan.
3. Anugerah Ikon Mentor Keusahawanan Terbaik – Mengiktiraf mentor yang membimbing usahawan masa depan.
4. Anugerah Ikon Penyelaras Keusahawanan Terbaik – Untuk penyelaras keusahawanan yang memimpin inisiatif keusahawanan berjaya.
5. Anugerah Ikon Usahawan Kelestarian Terbaik (Pelajar) – Menghargai idea perniagaan lestari dari pelajar yang inovatif.
6. Anugerah Ikon Usahawan Inovasi dan Teknologi Terbaik (Pelajar) – Raikan pelajar yang mempelopori bidang keusahawanan teknologi.
 
Jadilah sebahagian daripada mereka yang diiktiraf atas sumbangan anda kepada komuniti keusahawanan UMS. Bersama-sama, kita membentuk masa depan keusahawanan yang lebih cemerlang!
 
Hantar penyertaan anda SEBELUM tarikh akhir!  
Maklumat lanjut sila rujuk:  
https://pkpkpofficial.wixstudio.io/bulanknkums/aikums24
 
Bertekad Cemerlang, Strive to Excel
 
#CEDeCums #UMS #UniversitiMalaysiaSabah #usahawanPelajar

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

🔵⚪️🔵⚪️🔵⚪️🔵⚪️🔵⚪️🔵⚪️🔵🔊🔊🔊🔊🔊🔊🔊🔊🔊🔊🔊
Bersempena dengan Hari Diabetes Sedunia, pihak Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) bersama-sama dengan Persatuan Diabetes Malaysia (Sabah) akan mengadakan Program Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat UMS yang akan ditetapkan pada butiran berikut:

Tarikh: 14 November 2024
Masa: 7.30 am - 12.30 pm
Tempat: Pusat Islam UMS

Jom sertai beramai-ramai program ini, Antara aktiviti yang akan diadakan:
📍Senamrobik
📍Saringan kesihatan
📍Menderma darah
📍Expo pameran kesihatan
📍Ceramah kesihatan
(mata IDP disediakan)
📍Cabutan tiket bertuah

Kami mengalu-alukan penyertaan anda semua untuk bersama-sama menjayakan acara ini. Sokongan anda amat bermakna dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit diabetes
Jangan lepaskan peluang ini, masuk adalah percuma!!!

Terbuka kepada semua kakitangan dan pelajar Universiti Malaysia Sabah🤗
🔵⚪️🔵⚪️🔵⚪️🔵⚪️🔵⚪️🔵⚪️🔵

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

PEMAKLUMAN PEMBAYARAN EMOLUMEN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN (PGT) BULAN OKTOBER 2024
 
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan pemakluman ini bolehlah menghubungi:
💻📨 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
🌶️📲 088-329 068