Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar UMS

 

Dengan segala hormatnya, kami ingin memaklumkan bahawa pihak Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) dengan kerjasama Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) serta Sabah Creative Economy & Innovation Centre (SCENIC) akan menganjurkan Road-To-Commercialisation Bootcamp: Sabah 2024.
 
Program ini bertujuan untuk mempercepatkan pengkomersialan idea-idea inovatif dari peringkat konsep sehingga ke pasaran.
 
Maklumat lanjut mengenai program adalah seperti berikut:
Tarikh: 16 - 18 Oktober 2024 (Rabu hingga Jumaat)
Masa: 9:00 pagi – 5:00 petang
Tempat: Aras 12, Digital dan IoT Sandbox, KSTI, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu
Bootcamp ini menyediakan peluang untuk penyelidik, pensyarah, dan pelajar berinteraksi dengan rakan industri, mempelajari teknik-teknik praktikal, dan membina kemahiran dalam proses pengkomersialan. Beberapa topik utama yang akan dibincangkan termasuk:
  • Proses asas pengkomersialan
  • Pengesahan dan penemuan pelanggan
  • Membangunkan cadangan nilai produk
  • Reka bentuk model perniagaan
  • Hak harta intelek
  • Persiapan untuk berhadapan dengan pelabur
  • Pelan hala tuju pengkomersialan
Sehubungan itu, pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) dijemput untuk menyertai program ini. Para peserta akan berpeluang untuk memperoleh ilmu pengetahuan yang dapat membantu mereka membawa idea inovatif ke pasaran.
 
Untuk pendaftaran, sila imbas QR-Code pada poster yang dilampirkan bersama hebahan ini. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Nor Fadilah binti Abdu Razak melalui e-mel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau di talian +014-3779 335.
 
Semoga hebahan ini mendapat perhatian dan penyertaan dari kalangan warga UMS.

 

Pengumuman Daripada: Galeri Azman Hashim UMS

 

 

Jom datang beramai-ramai ke Festival MAYAPADA di Galeri Azman Hashim UMS pada 12 Oktober 2024 (Sabtu) bermula dari jam 7.30 malam. Konsert yang julung kali diadakan di GAH-UMS menghimpunkan persembahan artis muzik tradisional Sabah dan banyak lagi. 
 
Selain konsert, jualan makanan dan minuman food truck dan vendor lain juga disediakan bermula dari jam 5.00 petang.
 
 
Tarikh : 12 Oktober 2024 (Sabtu)
Masa : 7.30 malam
Tempat : Verandah, Galeri Azman Hashim UMS
 
KAMI MENANTIKAN KEDATANGAN ANDA😊
 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Perhutanan Tropika
 
Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat UMS 2024 anjuran Fakulti Perhutanan Tropika yang akan diadakan pada 15 - 17 Oktober 2024.
 
Pelbagai aktiviti menarik dan hadiah yang bakal dimenangi.
 
Semua dijemput hadir memeriahkan sambutan.

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Permohonan Skim Dana Penerbitan Artikel (SDPA) dan Skim Dana Penerbitan Artikel Dalaman (SDPAD) UMS masih DIBUKA!
 
💡 Jangan lepaskan peluang ini dan hantar permohonan anda ke Penerbit UMS!
 
🔗 Imbas kod QR di poster untuk garis panduan dan borang permohonan.
 
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr. Sitty Nur Syafa Bakri (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) atau Pn. Aqilah Afendy (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
 
Mohon jasa baik YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk uar-uarkan kepada staf akademik yang berminat.
 
Sekian, terima kasih.