Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar

 

Perhatian Kakitangan dan pelajar UMS! 🎓 
 
Sertai sesi perkongsian ilmu yang berharga bersama penceramah
YBrs, Dr. Atiqah Chew Abdullah, Pakar Psikologi & Kaunselor Berdaftar; dalam Program Membina Ketahanan Mental.
 
Tarikh:   26 September 2024
Jam:      02.30 petang
Platform: Dalam talian di Webex  
(https://bit.ly/pkpkpmentalhealth ) atau bersemuka di Smart Space Anjung Siswa
 
❗❗Kakitangan dan pelatih industri PKPKP adalah diwajibkan hadir
 
✅ Minum Petang Disediakan
✅ E-Sijil disediakan
 
 📌Peringatan di akhir sesi akan diberikan Link Kehadiran.
 
Terbuka kepada warga UMS!
 
Maklumat lanjut:  
📞 017-9937990
📧 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

Merdeka & Hari Malaysia 2024 Promo
Balik Kampung Set Kit
VIVIFY Herbal Soap & TREAL Shampoo
 
Selamat Hari Merdeka & Hari Malaysia 2024 dari HUMS Pharma! 🇲🇾
 
Dalam semangat kemerdekaan, kami di HUMS Pharma ingin menghargai sokongan anda dengan tawaran diskaun istimewa!
 
Nikmati diskaun 5-10% untuk semua produk kesihatan dan suplemen sepanjang bulan Ogos hingga September.
 
Jangan lepaskan peluang untuk menjaga kesihatan anda sambil meraikan hari bersejarah ini bersama kami.
 
Kunjungi HUMS Pharma hari ini dan manfaatkan promosi hebat ini! Merdeka! Malaysia Madani! 🎉
Tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH)

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,
 
YBhg. Prof Dr./ Dr./Tuan/Puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH), Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mengadakan Kursus Latihan Eksekutif Halal Siri 4/2024 pada:
 
Tarikh: 30 September 2024 - 9 Oktober 2024 (10 hari termasuk Sabtu dan Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi: Fakulti Sains Makanan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah
Yuran: RM600 sahaja! (Harga Asal: RM3,500)
Sasaran Peserta: Pelajar atau lepasan kolej dan universiti di bawah umur 35 tahun
 
Untuk makluman, yuran kursus berjumlah RM600 merupakan harga istimewa untuk pelajar atau lepasan kolej dan universiti di bawah umur 35 tahun. 
Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang di pautan yang disediakan.
 
Pautan Borang Pendaftaran Kursus Latihan Eksekutif Halal Siri 4/2024: 
 
Sekian, terima kasih.