Pengumuman Daripada: Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains 

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof. Dr/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
PEMAKLUMAN HEBAHAN PROMOSI PERKHIDMATAN INSTRUMEN DI MAKMAL BERSEPADU, PUSAT INSTRUMENTASI DAN PERKHIDMATAN SAINS (PIPS)
 
Sukacita dimaklumkan, bersama ini dilampirkan poster hebahan berkaitan promosi perkhidmatan instrumen yang disediakan di Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS) Universiti Malaysia Sabah untuk rujukan dan makluman YBhg. Prof/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan.
 
Sekian, terima kasih

 

Pengumuman Daripada:  Hospital UMS

 

📢📢🔊 🔊🔊HEBAHAN KIDNEY RUN FOR CHARITY 2024 🏃🏻‍♀🏃🏼‍♂
 
Jom semua sertai "Larian Kidney Run For Charity 2024"
 
Tarikh: 16 November 2024 (Sabtu)
Masa: 6.30 pagi (Flag Off)
Tempat: Padang Kawad UMS
 
Kategori Larian:
 
Women Open
Women Veteran
Men Open
Men Veteran
 
Jarak Larian:
3 KM
10 KM
 
Yuran Penyertaan:
Early Bird (sehingga 15 September 2024)
 
3 KM: RM65
10 KM: RM75
 
Harga Biasa (pendaftaran terakhir *pada 30 September 2024):
 
3 KM: RM75
10 KM: RM85
 
Pelajar:
3 KM: RM50
10 KM: RM60
 
Pakej Larian termasuk:
1)T-Shirt
2) Bib
3)Medal
 
Hadiah:
 
💸💸🥇🥈🥉Wang tunai untuk tempat pertama hingga ketiga
🎁🎁Hamper untuk tempat keempat hingga kesepuluh bagi kategori 10km
 
Pendaftaran:
Sila daftar menggunakan kod QR yang terdapat pada poster atau hubungi nombor yang tertera untuk maklumat lanjut.
 
Kami mengalu-alukan penyertaan anda semua untuk bersama-sama menjayakan acara ini. Sokongan anda amat bermakna dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan dana bagi pesakit buah pinggang. Jangan lepaskan peluang ini untuk berlari sambil beramal🤗🥰
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat 

 

Inforgrafik Program Pendayaan Komuniti@UniMADANI
Garis Panduan Permohonan Program Pendayaan Komuniti @ UniMADANI
Borang Permohonan Dana Komuniti@UniMADANI 

Sukacita bersama ini adalah KEPUTUSAN PERMOHONAN DAN PELAWAAN SEMULA DANA PROGRAM PENDAYAAN KOMUNITI@UNIMADANI KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA.

Projek-projek yang berjaya mendapat dana dan dipohon oleh Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat (PKLM) akan dibuka pada 22 – 30 Ogos 2024. Garis Panduan Permohonan Program Pendayaan Komuniti @ UniMADANI, Borang Permohonan Dana Komuniti@UniMADANI dan Inforgrafik Program Pendayaan Komuniti@UniMADANI boleh diperolehi melalui pautan https://bit.ly/KomunitIUniMADANI2.
 
Sebarang Pertanyaan lanjut, sila hubungi En. Ag Nasip Yonos, Ketua Pentadbiran PKLM ditalian No. Tel:+6019-8320212 dan Cik Mastiah Kamis, Urusetia UniMADANI UMS ditalian No. Tel:+6016-8129079 atau melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Sekian, terima kasih.