Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar

 

Sukacita dijemput untuk menghadiri SPA Malaysia Open Day 2024 yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut :
 
Masa : 08.00 pagi - 05.00 petang
Tarikh : 10 Ogos 2024 (Sabtu)
Tempat : Auditorium Pusat Pengajian Siswazah UMS, KK Sabah
 
Calon dikehendaki berpakaian kemas dan membawa bersama salinan Resume/CV serta sijil-sijil berkaitan semasa hari temu duga.
 
SENARAI MAJIKAN YANG TURUT SERTA: -
1. Winabumi Sdn Bhd
2. Coway Malaysia Sdn Bhd
3. Kinta Samudra Sdn Bhd
4. 99 Speedmart (East M'sia) Sdn Bhd
5. WiseHub Resource Sdn Bhd
6. Petra Resources Sdn Bhd
7. Gorilla Production Sdn bhd
8. China Communications Construction Company (M) Sdn Bhd
9. Global Rich Top Management Sdn Bhd
10. Tasik Puteri Golf & Country Club Sdn Bhd
11. Gain Forlife Sdn Bhd
12. KK Marriott Hotel
13. K.T.I Sdn Bhd
 
Pautan Pra-Pendaftaran : https://forms.office.com/r/8UQjd3WTbe 
 
#EISPERKESO
#PERKESO
#MYFutureJobs
#YourNationalEmploymentServicesProvider

 

Announcement From: UMS Library

 

You're invited:
ELSEVIER RESEARCH INTEGRITY WEBINAR SERIES IN COLLABORATION WITH MINISTRY OF HIGHER EDUCATION MALAYSIA 
 
Circle the dates on your calendar for this upcoming webinar session:
 
📲 WEBINAR 1 
 The Top 10 Ethical Pitfalls of Well-Intentioned Researchers 
🗓️ 27 August 2024 
🕒 3.00pm - 4.00pm 
Register NOW: https://rb.gy/jypoth 
 
📲 WEBINAR 2 
 GenAI: New Policies, Opportunities and Risks 
🗓️ 17 September 2024 
🕓 4.00pm - 5.00pm 
Register NOW: https://rb.gy/nqoqzl 
 
✅FREE Registration 
 
#Webinar
#IncreasingKnowledge
#UMSLibraryShare

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

Seperti mana YBrs. Prof./Dr. sedia maklum, program/projek penyelidikan yang telah diluluskan di bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) adalah tertakluk kepada pemantauan secara berjadual bagi setiap enam (6) bulan sepanjang tempoh penyelidikan. Pemantauan ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan program/projek penyelidikan adalah mengikut perancangan dan pencapaian semasa prestasi fizikal dan kewangan serta pemantauan yang berkesan di peringkat IPT/institusi oleh pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC).
 
 
Untuk tujuan tersebut, penghantaran laporan pemantauan bilangan 2 tahun 2024 akan dilaksanakan mulai 1 Ogos 2024 hingga 1 September 2024. Ketua Program/Projek hendaklah mengemukakan laporan prestasi dan kewangan  (data pencapaian sehingga 31 Julai 2024) melalui sistem MyGRANTS dalam tempoh tersebut. Pemantauan laporan prestasi program/projek penyelidikan bil. 2/2024 merangkumi skim geran penyelidikan berikut:
 
(i)
Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2020 sehingga Fasa 1/2023
(ii)
Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 2/2022 hingga Fasa 1/2023
(iii)
Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) Fasa 1/2019 hingga Fasa 1/2020
Adalah diingatkan bahawa Ketua Program/Projek yang tidak melengkapkan laporan akhir dalam sistem MyGRANTS tidak dibenarkan untuk memohon mana-mana geran penyelidikan DP KPT sebagai Ketua Program/Projek atau Penyelidik Bersama seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tadbir Urus DP KPT
 
Sebarang pertanyaan berkenaan perkara tersebut, sila berhubung terus dengan Pn. Hetty Hazwani Dzulkipli (No. telefon: 013-8852373) atau Encik Afendih Bin Ambrih (No. Telefon: 013-8216167).

 

Pengumuman Daripada: Pusat Persediaan Sains dan Teknologi 

 

Salam Sejahtera
 
YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, 
  
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 
 
2.    Sukacita, bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami mohon kerjasama YBhg. Datuk/Prof/Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan PPST dengan mengimbas kod QR pada poster atau klik pautan di bawah: 
 
 
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 
  
Sekian.