Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal

 

📢 Jom Sertai Seminar MYeHALAL Anjuran Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal, FSMP, UMS
 
📅 12 Februari 2025 (Rabu)
📍 Bilik Seminar FSMP, UMS
🕘 9.00 pagi - 1.00 petang (4 jam)
💲RM100.00 per peserta
 
✨ Apa yang anda akan dapat?
➡️ Panduan lengkap permohonan MYeHALAL
➡️ Tips & rahsia proses lulus dengan mudah
➡️ Sesi Q&A eksklusif bersama pakar
 
📣 Tempat adalah terhad!
Tekan link pendaftaran https://forms.office.com/r/0KXehV6Gep 🔗  atau 📞 hubungi 014-9323152 (Nurshada) 
 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PPPH, layarai https://linktr.ee/ppph_ums 
 
Tunggu apa lagi? Jadikan perniagaan anda lebih bersedia dan patuh Halal! ✅

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Data dan Kecerdasan Buatan (DARTIC)

 

Untuk makluman, pindaan kali ke-3 GARIS PANDUAN PERMOHONAN DAN PENGHANTARAN DATA DAN MAKLUMAT UMS telah diluluskan diperingkat pengurusan UMS.
 
Oleh itu, bermula 1 Februari 2025, garis panduan ini adalah terpakai kepada semua staf UMS, pelajar UMS dan pihak luar yang ingin memohon data UMS. 
 
Untuk keterangan lanjut, sila semak GARIS PANDUAN PERMOHONAN DAN PENGHANTARAN DATA DAN MAKLUMAT UMS di pautan berikut: Documents | PPDM - Pusat Pengurusan Data & Maklumat
 
Sekian dan Terima Kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Menerusi Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3) memberikan keistimewaan kepada orang Islam. Akta berkenaan menyatakan: “Rebat hendaklah diberikan pada tahun-tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis”
 
Sebagai Contoh:
PCB [Patut dipotong]   RM100
Zakat Bulanan              – RM70
PCB [Kena Potong]   = RM30
 
Pusat Islam UMS menyediakan perkhidmatan bayaran zakat secara potongan melalui gaji yang lebih mudah, selamat dan perbelanjaan bulanan yang lebih terancang. Perkhidmatan ini dinamakan Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) yang boleh diakses melalui sistem HR online UMS. Potongan tersebut akan dibuat secara bulanan oleh majikan dan setiap pemotongan akan tertera di dalam penyata gaji bulanan.
 
Bagaimana nak mula atau tambah potongan zakat? Anda boleh:
- Log masuk ke Sistem HR online UMS
- Pilih Menu
- Pilih Pusat Islam UMS
- Pilih Zakat Penggajian
 
Jom mula potong...
 
Sebarang Persoalan, boleh menghubungi: 088-320 624 (Hotline)
 
#zakatmembawaberkat
#mudahberzakatbersamapiums
#pzb
#UMSshare