Pengumuman Daripada
: Bahagian Keselamatan
Subjek
: Makluman Tarikh Akhir Permohonan Pelekat Kenderaan dan Pas Pemandu GRAB/UBER
Pegawai Dihubungi
: INSP/PB Rakam Singh A/L Karam Singh Samb. 5144
: Puan Marliana John Samb. 1783
 
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Bahagian Keselamatan Universiti Malaysia Sabah akan mula mendaftarkan pemandu GrabCar dan Uber yang beroperasi di dalam kampus ini.
 
Sehubungan itu, semua individu (Pelajar/Staf/Orang Awam) yang terlibat dalam perkhidmatan GrabCar dan Uber adalah dikehendaki untuk mendaftar dengan Bahagian Keselamatan bagi mendapatkan pelekat kenderaan serta pas pemandu.
 
Bahagian ini akan mengadakan pemeriksaan pelekat dan pas pemandu GrabCar dan Uber di sekitar kampus bermula 16 Oktober 2017 (Isnin).
 
Tindakan yang sewajarnya akan di ambil terhadap individu (Pelajar/Staf/Orang Awam) yang gagal mematuhi arahan ini.
 
Bersama-sama dengan ini, dilampirkan borang yang berkaitan untuk dilengkapkan.
 
Waktu operasi Kaunter bermula jam 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang (Isnin Hingga Jumaat). Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pejabat Bahagian Keselamatan Di Talian 088-320111.
 
Perhatian dan kerjasama berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, Harap Maklum.
 
5. PETA GRAB/ UBER (.pdf)

Pengumuman Daripada
: Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat
Subjek
: U.M.A.R KPT
 
Konsep U.M.A.R merujuk kepada peningkatan ranking pendidikan negara dan pencapaian universiti tempatan, khususnya universiti penyelidikan yang telah membuka mata dunia dan mengiktiraf Malaysia sebagai hab pendidikan di rantau ini.
U.M.A.R bermaksud :
U - Universitas 21 
M - Universiti Malaya
A - Lima universiti terbaik di ASEAN 
R - Universiti Penyelidikan berada dalam kelompok satu peratus terbaik di dunia
 

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK: JEMPUTAN CADANGAN PENYELESAIAN KUMPULAN PERMASALAHAN BARU BAGI WORKSHOP DEMAND-DRIVEN INNOVATION PROJECT BY PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN) - KELOMPOK OKTOBER 2017
 
Adalah dimaklumkan bahawa  Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyediakan   inisiatif Public-Private Research Network yang dilaksanakan oleh KPT dalam mewujudkan knowledge-friendly ecosystem di Malaysia, di mana pihak industri yang merupakan pengguna pengetahuan dihubungkan dengan pengeluar pengetahuan iaitu institusi pengajian tinggi (IPT) dan institusi penyelidikan (RI) bagi meningkatkan lagi daya produktiviti negara melalui aktiviti inovasi dan penyelidikan gunaan.
 
Bersama-sama ini dikemukakan senarai permasalahan teknologi yang baru bagi kelompok Oktober 2017 seperti di Lampiran A disertakan untuk diedarkan kepada penyelidik-penyelidik bagi mencadangkan penyelesaian teknologi.
 
Seterusnya, semua penyelidik yang berminat dan berpotensi memberikan cadangan penyelesaian dijemput menyertai cadangan penyelesaian yang baru dan menghadiri Workshop Demand-Driven Innovation Project by Public-Private Research Network yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
 
Tarikh             : 19 Oktober 2017 (Khamis)
Masa               : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat           : Unit Keusahawanan & PPRN
  Kementerian Pendidikan Tinggi
  Aras 13, No. 2, Menara 2
  Jalan P5/6 Presint 5
  62200 WP Putrajaya
Agenda           : Rujuk tentatif jadual seperti di Lampiran B.
 
Penyelidik boleh menghubungi terus syarikat untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi penyediaan cadangan penyelesaian. Sukacita sekiranya Pegawai dan penyelidik YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan dapat merujuk garis panduan penyertaan seperti di lampiran dan mengemukakan maklumbalas bagi dokumen-dokumen berikut yang dilampirkan bersama-sama emel ini kepada sekretariat selewat-lewatnya pada 16 Oktober 2017 (Khamis) melalui emel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau faks: 03-8870 6900
 
(i)      Registration of Interest & Confirmation of attendance (Lampiran C3); dan
(ii)    Non-Disclosure Agreement (Lampiran C1).
 
* Kertas cadangan lengkap (mengikut format LAMPIRAN C2) hendaklah dikemukakan kepada pihak sekretariat sehari selepas pembentangan sebelum 3.00 petang dan pihak sekretariat tidak akan menerima sebarang kertas cadangan selepas daripada waktu tersebut. Setiap ketua penyelidik atau ahli kumpulan perlulah membentangkan dan menghantar cadangan penyelesaian tersebut.
 
Justeru, kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan dalam perkara ini amat dihargai.
 
Sekian, terima kasih.
 
Lampiran:

PENGUMUMAN DARIPADA: UNIT KAJIAN ALGA BAHAYA, INSTITUT PENYELIDIKAN MARIN BORNEO
 (IPMB)
SUBJEK: "EFFECTIVE TRANS-DISCIPLINARY COMMUNICATION"
 
Tarikh: 13 Oktober 2017
Masa: 9.00 am - 10.30 am
Lokasi: Auditorium, UMS Library