PENGUMUMAN DARIPADA: SEKSYEN JARINGAN KOMUNITI, PUSAT JARINGAN INDUSTRI DAN KOMUNITI
SUBJEK: ANUGERAH "INTERNATIONAL YOUTH VOLUNTEER"
 
YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Perhatian kepada Semua Warga Universiti Malaysia Sabah, penyertaan untuk APUCEN International Youth Volunteer Award dilanjutkan sehingga 24 Mac 2017.
 

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK: PANDUAN MANUAL PENGGUNAAN MESIN FOTOKOPI RICOH DI SETIAP JSPIU
 
Dimaklumkan bahawa semua pengguna mesin fotokopi Ricoh di JFPIU hendaklah mendaftar ID terlebih dahulu bagi membolehkan mesin tersebut digunakan. 
 
Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan manual pendaftaran (registration) dan manual penggunaan PC Follow-You Print untuk makluman dan tindakan lanjut pihak Y.Bhg Prof./ tuan/puan.
 
Segala perhatian dan kerjasama daripada Y.Bhg Prof./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.
 
 

Pengumuman Daripada
: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP) UMS
Kepada
: Kakitangan dan Mahasiswa UMS
Subjek
: OSH Seminar : OSHMP 2020
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP) UMS dengan kerjasama Sabah Occupational, Safety, Health and Environment Association (SOSHEA) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) ingin mengalu-alukan penyertaan daripada kakitangan dan mahasiswa UMS ke seminar  'OSH Seminar: OSHMP 2020' yang akan diadakan pada 4 April 2017 bertempat di Galeri Majlis, Universiti Malaysia Sabah.
 
Bersama ini dilampirkan Brosur dan Borang Penyertaan mengenai seminar tersebut.
 
Sekian, terima kasih.
 

Pengumuman Daripada
: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Kepada
: Semua Staf Akademik Universiti Malaysia Sabah
Subjek
: Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam
 
Assalamualaikum dan Sejahtera,
 
Sukacita kami merujuk kepada pengumuman daripada Persatuan Kakitangan Akademik UMS bertarikh 3 Mac 2017 dengan tajuk yang sama. Adalah dimaklumkan bahawa Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2011 yang dirujuk di dalam penggunaan tersebut telah dibatalkan penggunaan sesuai dengan pembatalan pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada tahun 2012.
 
Pekeliling yang sedang berkuatkuasa berkenaan dengan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam adalah seperti berikut:
i. 
 Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 2002 – Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan
ii.
 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2009 – Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam
iii.
 Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian Prestasi (Guru) Universiti Malaysia Sabah – Sistem Penilaian Prestasi secara atas Talian (e-LNPT)
 
Sehubungan itu, pihak kami menasihatkan agar sebarang pengumuman berkenaan pekeliling perkhidmatan awam hendaklah melalui kebenaran dan semakan Pejabat Pendaftar Universiti Malaysia Sabah terlebih dahulu.
 
Sekian dan terima kasih.
 
Lampiran: