Pengumuman Daripada
: Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
Kepada
: Semua Kakitangan UMS
Subjek
: Tuntutan Perjalanan MenghadiriI Persidangan Dalam/ Luar Negara Bagi Tahun 2017
 
YBhg. Datuk / Dato’ / Datin /Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.                                        
 
2.  Bagi memastikan kelancaran aktiviti bayaran bagi tujuan penutupan akaun dilakukan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh pihak Bendahari, mohon kerjasama semua staf agar dapat mengemukakan tuntutan perjalanan menghadiri persidangan dalam / luar negara sepertimana ketetapan berikut:
 
Bil
Perkara
Tuntutan Perjalanan Bagi Tempoh
Tarikh Akhir Kemukakan Tuntutan Melalui Sistem i-Claim
1
Kemukakan tuntutan perjalanan menghadiri persidangan dalam / luar negara
Januari – November 2017
5 Disember 2017
2
Kemukakan tuntutan perjalanan menghadiri persidangan dalam / luar negara
Disember 2017
sahaja
20 Disember 2017
 
3.       Kegagalan mengemukakan tuntutan perjalanan menghadiri persidangan dalam / luar negara mengikut ketetapan di atas akan menyebabkan tuntutan tersebut TIDAK dapat diperaku untuk bayaran kerana akaun telah ditutup.
 
4.       Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof./Dr./Tuan/Puan terhadap perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan setinggi-tinggi terima kasih.
 

Pengumuman Daripada
: Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
Subjek
: Penyelenggaraan Pelayan Di Pusat Data JTMK
 
Dimaklumkan bahawa capaian ke beberapa sistem aplikasi UMS di tutup sementara bagi memberi ruang kepada kerja-kerja penyelenggaraan pelayan di Pusat Data JTMK. Penyelenggaraan dijalankan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 07 Oktober 2017 (Sabtu)
Masa   : 9.00 pagi – 5.00 petang
Lokasi : Pusat Data, JTMK
 
Sistem Aplikasi yang terlibat :

 

  1. Sistem Eprint Perpustakaan
  2. Portal Borneo Sains
  3. Sistem Bookstore
  4. Sistem UMS Interlibrary Loan
  5. Sistem HR Online

Segala kesulitan amat kami kesali.
 
Peringatan daripada JTMK:
 
1.      Atas isu keselamatan, sila abaikan emel yang meminta Password Webmail UMS anda.
2.      Sila berhubung dengan Pihak JTMK jika tidak pasti kesahihan email berkenaan.

Pengumuman Daripada
: Pusat Sukan UMS
Subjek
: Senaman TABATA 11/10/2017 (Rabu)
 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sukan UMS akan mengadakan sesi senaman "Tabata Boxing Workout" pada ketetapan berikut;
 
Tarikh : 11 Oktober 2017 (Rabu)
Tempat: Kompleks Sukan UMS
Masa : 5.00 Petang

 

Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warga universiti. Setiap peserta dikehendaki berpakaian sukan dan membawa air mineral dan penyertaan adalah percuma. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pusat Sukan (088-320 000, samb: 3158) atau En. Ramlan (014-8926342, samb: 3588).
 
Sekian.