- Jumlah paparan: 1847
IKLAN KEKOSONGAN BAGI JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
PENGUMUMAN DARIPADA: SEKSYEN KEMAJUAN KERJAYA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
KEPADA : KAKITANGAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK : IKLAN KEKOSONGAN BAGI JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
YBhg. Datuk / Dato’ / Prof. / Dr. / Tuan / Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempelawa kakitangan akademik yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di Universiti ini dengan mengemukakan:
a) Curriculum Vitae’ (CV) yang lengkap dan terkini beserta gambar berukuran pasport; dan
b) Perancangan strategik sekiranya dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).
Tarikh tutup permohonan adalah pada 03 Mei 2017 (Rabu) dan sila kemukakan permohonan kepada PENDAFTAR, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, JALAN UMS 88400 KOTA KINABALU, SABAH. Bersama ini dilampirkan hebahan iklan berkaitan untuk perhatian YBhg. Datuk / Dato’ / Prof. / Dr. / Tuan / Puan.
Kerjasama YBhg. Datuk / Dato’ / Prof. / Dr. / Tuan / Puan mengenai perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Lampiran:-



Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam proses ke arah pensijilan EKSA oleh pihak MAMPU pada bulan Oktober 2017. EKSA merupakan inisiatif penambahbaikan pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Matlamat ini adalah selaras dengan KRA4 : Memperkukuh Sistem Penyampaian dan seiring dengan lonjakan ke 7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025 iaitu Ekosistem Inovasi.
