Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar

 

 

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

  1.   Untuk makluman, SPA Open Dayanjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia Urus Setia Cawangan Sabah akan diadakan seperti ketetapan berikut:

          

                    Tarikh    :  10 Ogos (Sabtu)

                    Masa      :  8.00 pagi hingga 5.00 petang 

                    Tempat  :  Auditorium, Pusat Pengajian Pascasiswazah UMS

                    Aturcara: Seperti di Lampiran

 

  1. Untuk makluman, Program SPA Malaysia Open Dayadalah inisiatif SPA Malaysia dengan kerjasama PERKESO Sabah untuk memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh Jabatan/ Agensi kerajaan serta Syarikat Swasta yang terpilih.

 

  1.   Sehubungan dengan itu, semua warga UMS dan orang awam dialu-alukan untuk hadir. Masuk adalah PERCUMA!

Info lanjut: 0164850989 (PKPKP UMS)

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Penerbit UMS (PUMS) mengalu-alukan kakitangan UMS yang berminat untuk menyertai PUMS sebagai Penyunting Bebas dan Pereka Grafik Bebas.

 

Kriteria utama untuk calon-calon yang ingin memohon adalah seperti berikut:

 

PENYUNTING BEBAS

  • Mempunyai kemahiran menyunting naskhah dalam pelbagai genre penerbitan.
  • Mempunyai idea, kreativiti, dan pengalaman luas dalam bidang penyuntingan.

 

PEREKA GRAFIK BEBAS

  • Mempunyai kemahiran dalam menggunakan perisian perekaan buku.
  • Mempunyai idea, kreativiti, dan pengalaman luas dalam bidang perekaan. 

 

Jika YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan berminat, sila kemukakan resume ke e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau boleh berhubung dengan Puan Ainun Jamil untuk sebarang pertanyaan di talian 013-8711716.

 

Perhatian dan kerjasama YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Marin Borneo

 

Salam sejahtera,

Makluman penutupan sementara Akuarium dan Muzium Marin bagi aktiviti lawatan pada 9 - 11 OGOS 2024 (JUMAAT - AHAD) kerana penglibatan kakitangan dengan pameran di luar kampus.

 

Tarikh tutup:

9 - 11 OGOS 2024 (JUMAAT - AHAD) 

 

Tarikh dibuka semula:

13 OGOS 2024 (SELASA)

 

Sekiranya memerlukan maklumat lanjut, boleh berhubung dengan pihak kami di talian 088-320000 samb. 213305 (Kaunter Tiket) dan lawati Laman Facebook https://www.facebook.com/UMSAkuarium/