Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

🤲 JOM SERTAI USAHA MURNI SUMBANGAN UNTUK FOOD BANK MASJID UMS 🕌
 
Masjid Universiti Malaysia Sabah membuka peluang kepada warga kampus dan orang ramai untuk menyumbang ke Food Bank demi membantu mereka yang memerlukan.
 
Sumbangan yang diperlukan: 
🍜Makanan kering (Makanan segera, oat, biskut)
🥫 Makanan dalam tin
🥤 Minuman segera (3-in-1, teh, kopi)
🍫 Coklat, roti, snek ringan
🧴 Keperluan asas (sabun², ubat gigi, tuala wanita dan lain-lain).
 
📍 serahkan sumbangan anda di Kaunter Food Bank Masjid UMS (berhampiran pintu utama masjid) pada waktu operasi Food Bank atau berhubung terus dengan urusetia.
 
💚 Setiap sumbangan anda amat bermakna bagi mereka yang memerlukan.
 
“Barang siapa mempermudah urusan saudaranya, Allah akan mempermudah urusannya di dunia dan akhirat.”
(Hadis Riwayat Muslim)
 
📞 Sebarang pertanyaan : Pn. Fazelah 016-8655694 atau En. Ghazali 014-9126809
 
#FoodBankUMS #MasjidUMS #KongsiRezeki #UMSPrihatin #Sedekahjariah

 

Announcement From: Innovation and Commercialisation Management Centre

 

Are you ready to level up your research, idea or startup?
Join our exclusive workshop on:
🎯 Fundamentals of Startups & Pitch Delivery Techniques
 
Venue: Smart Space, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Date: 19 August 2025, Tuesday
Time: 9.00 AM – 5:00 PM
 
Why you should join:
✅ Turn your ideas into viable ventures
✅ Master the art of persuasive pitching
✅ Discover real pathways to funding & commercialisation
 
Open to all! Especially researchers, TTOs, startups & aspiring innovators!
Note: Participants must have an existing research, prototype, or innovation project to be eligible.
 
Secure your seat now: https://bit.ly/SCSabah 
Limited slots available – don’t miss out!
 
Let’s transform your innovation into impact! 🚀

 

Pengumuman Daripada: Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains

 

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
PEMAKLUMAN PERKHIDMATAN INSTRUMEN DI PUSAT INSTRUMENTASI DAN PERKHIDMATAN SAINS (PIPS)
 
Sukacita dimaklumkan bahawa poster hebahan berkaitan perkhidmatan instrumen yang disediakan oleh Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS), Universiti Malaysia Sabah dilampirkan bersama untuk makluman dan rujukan YBhg. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan.
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: JK Publisiti dan Multimedia SUGUSA 2025

 

HEBAHAN SUKAN SILATURAHIM KELAB STAF GUGUSAN SAINS UMS (SUGUSA 2025) - EDISI JEMPUTAN

Hebatnya semangat kesukanan di UMS! 🤩

Buat pertama kalinya Sukan Silaturahim Kelab Staf Gugusan Sains UMS (SUGUSA) 2025 bakal berlangsung, pasti lebih meriah!!

Kelab Kebajikan dan Rekreasi Staf (KRiS), FST sebagai penganjur utama SUGUSA 2025 telah bekerjasama dengan kelab staf gugusan sains seperti berikut;

1. Kelab Kembara Keluarga FPSK (KEMBARA), FPSK

2. Kelab Kebajikan dan Rekreasi Kakitangan HUMS (KKRHUMS), HUMS

3. Kelab Kakitangan ComPASS, FPT

4. Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Kakitangan FSMP, FSMP

5. Kelab Kebajikan dan Rekreasi PPST (AUMS), PPST

6. Kelab Staf PKI, FKI

Bersiap sedia untuk menyaksikan 7 kelab staf Gugusan Sains bersaing sengit merebut 420 pingat yang menjadi rebutan! 🏅 Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara SUGUSA 2025?

Jom kita sokong dan saksikan aksi-aksi hebat Staf Gugusan Sains dalam 10 jenis sukan yang dipertandingkan:

* Bola Jaring

* Bola Tampar

* Badminton

* Petanque

* Pickleball

* Boling

* Futsal

* Dart

* Catur

* Ping Pong

 

Bukan itu sahaja! Cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah menarik menanti para atlet dan penyokong SUGUSA 2025!

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan suasana pada ketetapan berikut;

Tarikh: 22-23 Ogos 2025 (Jumaat dan Sabtu)

Masa: Jumaat (2:00 pm hingga 9:00 pm) & Sabtu (7:00 am hingga 4:00 pm)

🗓️Tempat:

1. UMS Arena Indoor, UMS

2. MYBOWLKK, 1 Borneo Hypermall

3. Dewan Badminton Persekutuan Putrajaya, KK

 

Ayuh, tunjukkan semangat kesukanan anda! Jom Sukan!

Jumpa anda di sana !!

#SUGUSA2025 #SukanSilaturahim #UMSMeraikanKesukanan #UMSTheBrainofBorneo #SukanStafGugusanSains #UMS

 

Pengumuman Daripada:  Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan

 

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), Universiti Malaysia Sabah dengan kerjasama Pertubuhan Pemuliharaan Biodiversiti Sabah Seratu Aatai (Seratu Aatai) akan menganjurkan program Hari Gajah Sedunia Peringkat UMS - “Protect and Respect”. 
 
Tarikh        : 20 Ogos 2025
Masa        : 8.30 - 4.00 petang
Tempat      : Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan, UMS
 
Semua warga UMS dijemput hadir.