Pengumuman Daripada: Kelab Ekonomi Perancangan dan Pembangunan Sesi 2023/2024, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan

 

Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa kami daripada barisan ahli Kelab Ekonomi Perancangan dan Pembangunan (EPDEC) Sesi 2023/2024 akan mengadakan Program Kami Peduli 1.0 seperti ketetapan berikut:

 

Tarikh: 18 Mei 2024

Masa: 7.15 pagi hingga 3.00 petang

Tempat: Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2 (DKP 18), Universiti Malaysia Sabah.

 

Program Kami Peduli 1.0 adalah merupakan sebuah program yang diadakan bagi menunjukkan rasa keprihatinan mahasiswa universiti terhadap individu yang tergolong dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU). Program ini merupakan salah satu usaha dan inisiatif Kelab Ekonomi Perancangan dan Pembangunan Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Pusat Pengurusan Orang Kurang Upaya (PPOKU), Universiti Malaysia Sabah dan Persatuan Rumah dan Perkhidmatan Cheshire Sabah untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta perkembangan semasa golongan OKU bersama masyarakat sekeliling, khususnya pelajar UMS dan ibu bapa kepada golongan OKU. Bukan itu sahaja, program ini juga dianjurkan bagi mengelakkan adanya jurang perbezaan dan meningkatkan interaksi sosial di antara golongan OKU dan juga individu normal yang lain.

 

Oleh itu, kami daripada barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program Kami Peduli 1.0 mengalu-alukan semua warga UMS yang berminat untuk menyertai program ini untuk hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan:

 

Elviana Rosli (Pengarah Program): 019-9148618

 

Segala kerjasama daripada anda kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

 

Yang Ikhlas,

Ahli Jawatankuasa Pelaksana,

Program Kami Peduli 1.0,

Kelab Ekonomi Perancangan dan Pembangunan Sesi 2023/2024,

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan,

Universiti Malaysia Sabah.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

 

Susu dan hasil tenusu merupakan sumber yang kaya dengan kalsium dalam bentuk yang mudah diserap. Susu juga penting dalam membekalkan protein, vitamin A, riboflavin, vitamin B12 dan zink. Saranan pengambilan susu dan produk tenusu adalah 2 sajian sehari. 

#NNM2024UMS #fsmpums #nutrition #nutriclub

 

Maklumat pemakanan di atas adalah garis panduan umum. Sila rujuk ahli pemakanan & ahli dietetik berdaftar untuk nasihat pemakanan individu.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

Garis Panduan Pelaksanaan Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (Public Private Research Network) 2.0

Dimaklumkan bahawa, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Seksyen Penyelidikan dan PPRN, Bahagian Dasar dan Penyelidikan akan membuka permohonan bagi projek Public Private Research Network (PPRN 2.0) Fasa 2 Tahun 2024 seperti ketetapan yang berikut:

 

Takwim Permohonan Projek PPRN 2.0 Fasa 2 Tahun 2024

Pembukaan Permohonan

13  - 27 Mei 2024

Tempoh Penilaian Dalaman dan Penambahbaikan

28 Mei – 13 Jun 2024

Tarikh Akhir Penghantaran ke KPT

14 Jun 2024

 

Sehubungan dengan itu, pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) memohon kerjasama YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr. untuk memanjangkan maklumat ini kepada semua penyelidik di F/P/I/A masing-masing. Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan melalui sistem ePPRN https://epprn.mohe.gov.my

 

4.        Turut dilampirkan adalah Garis Panduan PPRN sebagai makluman dan rujukan selanjutnya. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Urus Setia PPRN UMS; Puan Hetty Hazwani binti Dzulkipli, Penolong Pendaftar (013-8852373) atau Puan Annie Binti Juko, Pembantu Tadbir (016-8400646). 

 

Segala perhatian pihak YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr. berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.