Announcement From: Hospital UMS

 

Hello everyone! Save the date & come join us!
Lots of interactive fun games to tickle your mind, physical challenges & hazard hunt to fill your day 😊😁✌️
 
INTERACTIVE HEALTH FAIR : GAMIFICATION DAY
Date : 20 September 2025 (Saturday)
Time :  9 AM - 4 PM
Venue: DKP 18, UMS

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengguna pakai Malaysian Research & Development Classification System (MRDCS) Edisi Ke-7 untuk data kepakaran MYMOHES.
 
Pihak Pengurusan Universiti melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universti (JPU) Bil.13/2025 Kali ke-393, mengkehendaki semua kakitangan akademik untuk mengemas kini bidang kepakaran masing-masing dalam Sistem Maklumat Pusat Penyelidikan (SMPPI). 
 
Tempoh pengisian dan pengemaskinian adalah mulai 12 September 2025 hingga 26 September 2025. Semua kakitangan akademik dimohon memastikan pengisian dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
 
Kerjasama semua pihak dalam perkara ini amatlah dihargai.

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

🚀📚 ELSEVIER WORKSHOP "SCIENCE DIRECT AI"
🔍 Publishing within the Elsevier Transformative Environment
 
Jom sertai bengkel eksklusif bersama pakar Elsevier!
✅ Kupas trend & cabaran penerbitan akademik di era AI
✅ Belajar cara maksimumkan penggunaan ScienceDirect AI untuk penyelidikan
✅ Hands-on – Bring Your Own Device 💻
 
🎤 Penceramah Jemputan:
🔹 Dr. Benny Ang – Academic Publishing in the Age of AI
🔹 Ms. Gillian Ho – Unlock the Power of Research with ScienceDirect AI
 
📅 18 Sept 2025 (Khamis)
🕣 8:30 pagi – 12:30 tgh hari
📍 Perpustakaan UMS
⚡ Terhad 100 peserta sahaja!
 
📲 Imbas QR di poster atau hubungi Pn. Norazlynne (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) untuk daftar.
 
✨ Kolaborasi: Perpustakaan UMS | Pusat Pengurusan Penyelidikan | Penerbit UMS Press
 
👉 Jangan tunggu lagi – tempat cepat penuh!

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

✨ JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM TADABBUR AL-QURAN BIL.3/2025 ✨

Assalamualaikum WBT,
 
Pusat Islam UMS, Kelab Suri Rumah & Staf Wanita UMS (KESUMBA), Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU), Kelab Rakan Masjid (KRM), dan PERMAFIS dengan sukacitanya menjemput semua wanita muslimah untuk menghadiri Program Tadabbur al-Quran:
 
🌸 Tajuk: Wanita dan Cabaran Dunia Moden: Hikmah dari Surah al-Kahfi
🧕🏻Penceramah: Ustazah Syifa’ binti Sarip (Pengurus Akademi Qoroa & Pemegang Tauliah JHEAINS)
📅 Tarikh: Jumaat, 12 September 2025
🕙 Masa: 10.00 pagi – 11.00 pagi
📍 Tempat: Bilik Mesyuarat, Pusat Islam UMS
 
 
✨ Jom sama-sama kita hayati hikmah Al-Quran untuk menghadapi cabaran kehidupan moden, insya-Allah.
 
📌 Sebarang pertanyaan:
📞 Ustazah Noorisah (013-2855378)
📞 Ustazah Noor Fazelah (016-8655694)
 
📢 Semua wanita dijemput hadir. Mohon sebarkan! 🌷
 
#UMSShare
#Bertekadcemerlang