Pengumuman Daripada: Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan

 

Bertemakan "BE PART OF THE PLAN” , Institut Biologi Tropika & Pemuliharaan (IBTP), UMS dengan julung kalinya akan menganjurkan program Sambutan Hari Biodiversiti Sedunia 2024 bersama komuniti Kampung Kobuni, Inanam. 
 
Aktiviti menarik yang akan diadakan:
💐 Sharing Knowledge dari Duta Konservasi IBTP (Unduk Ngadau 2023)
💐 Bengkel PCM (Pembangunan Lestari) yang dikendalikan oleh Makmal Hidup BORNEENSIS Living Lab 
💐Pemerkasaan Duta Muda Pembangunan Lestari yang membuka peluang jaringan untuk usahasama
💐 Pameran BORNEENSIS dan Agensi-Agensi Luar 
💐 Program Derma Darah dan Cabutan Bertuah
 
🗓️ Tarikh dan Masa Program
Tarikh: 23 & 24 Mei 2024 (Khamis & Jumaat)
Masa: 9:00 pagi – 4:30 petang
 
📍Tempat: 
Kampung Kobuni, Inanam
 
Penyertaan Pertandingan adalah terbuka kepada semua dan pertandingan yang akan diadakan adalah seperti:
🍀 Kuiz
🍀 Mewarna
🍀 Terrarium
 
Selaku penganjur program, pihak IBTP amat mengalu-alukan kehadiran semua untuk sama-sama memeriahkan program ini.
 
Segala perhatian dan jasa baik Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian
 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

 

Mari terokai kebaikan minyak kelapa sawit Malaysia!  Minyak kelapa sawit merupakan salah satu sumber lemak dalam pemakanan dan juga mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan kita

#NNM2024UMS #fsmpums #nutrition #nutriclub

Maklumat pemakanan di atas adalah garis panduan umum. Sila rujuk ahli pemakanan & ahli dietetik berdaftar untuk nasihat pemakanan individu.

 

 

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
Tuan/Puan,
 
Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal, Fakulti Sains Makanan & Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah ingin menjemput anda menyertai kursus seperti ketetapan berikut:
 
Kursus: Kursus Sembelihan Halal Perdana 2024

Tarikh : 25 Mei 2024 (sabtu)

Masa : 7.30 Pagi - 2.00 Petang

Lokasi : Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, UMS

 

Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang seperti dipautan yang disediakan.

 
Pautan Borang Pendaftaran Kursus Sembelihan Halal Perdana 2024:

https://forms.office.com/r/DapErWB6YW

 

Sekian, terima kasih.