Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan 

 

Terima kasih kerana berurusan dengan pihak Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP). Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, mohon kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan di bawah atau imbas kod QR tersebut: 
 
 
 

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Hal Ehwal Pelajar

 

Pemakluman Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2025/2026.
 
Presiden: Saudara Allen Paul Justinus Situ
Timbalan Presiden: Saudari Qistina Qaisara Binti Syahril Akmar
Setiausaha Agung: Muhammad Izaan Hafiz Bin Wahid
Bendahari Kehormat: Niza Haziqah Binti Johan
 
Barisan kabinet Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2025/2026 akan dimaklumkan kemudian oleh pihak MPP.
 
Tahniah diucapkan dan selamat maju jaya.
 
Terima Kasih.
 

 

Pengumuman Daripada:  Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS), UMS

 

 

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam UMS Bertekad Cemerlang,
 
HEBAHAN PROGRAM HARI SASTERA KANAK-KANAK
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tahun 3), Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan, Universiti Malaysia Sabah akan menganjurkan Hari Sastera Kanak-Kanak seperti ketetapan berikut:
 
📅 Tarikh: 6 Disember 2025 (Sabtu)
🕡 Masa: 7:30 pagi – 12:30 tengah hari
🏫 Tempat: Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS), UMS.
💰 Yuran penyertaan: RM30
 
📍Program ini terbuka kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun dan akan menampilkan pelbagai pertandingan menarik seperti:
 
             1.          Pertandingan Sajak (Link pendaftaran: https://forms.gle/H7uv3AihF4uW6JpBA)
              2.          Pertandingan Bercerita (Link pendaftaran: https://forms.gle/21xmvqoDaHq2Z14r5)
              3.          Pertandingan Nyanyian (Link pendaftaran: https://forms.gle/3Vbp8dNtnoVhGCjQ8)
 
📍Sijil penyertaan, hadiah menarik dan makanan turut disediakan!
 
Jangan lepaskan peluang untuk menyerlahkan bakat anak-anak anda di pentas sastera!
 
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📞 Syahirah Nur Ain - 0139259118
📞 Intan Suraya - 0168203632
📞 Berttenie Jalssie - 0148056806
 
Sekian, terima kasih.