Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 
 
Adalah dimaklumkan tarikh penyertaan ahli akademik Universiti Malaysia Sabah dalam Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Pengajaran & Pembelajaran (AKIPP) Tahun 2025 telah dilanjutkan sehingga 21 September 2025 (Ahad).
 
🔖 Kategori Anugerah baharu yang akan dipertandingkan bermula tahun ini - Anugerah Citra Micro-Credential.
 
Maklumat lanjut kategori anugerah, syarat, senarai semak dan borang penyertaan, Sila rujuk poster dan imbas kod QR  atau klik pautan berikut: 
 
➡️ Syarat dan borang penyertaan AKIPP 2025: https://bit.ly/INFOAKIPP2025
 
➡️ Penghantaran dokumen AKIPP 2025: https://bit.ly/PENYERTAANAKIPP2025
 
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada:
 
Dr. Amer Azlan Abdul Jamal: 019-6051076
Pn. Noor Kasyfe Aidi: 013-8012121
 
Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

Merdeka & Hari Malaysia Promo
Balik Kampung Set Kit

Product Highlights

Vivify
 
🇲🇾🎉 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2025 dari HUMSPharma! 🎉🇲🇾
 
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Nikmati promosi istimewa sepanjang bulan Ogos & September ! 🌟
 
Jangan lepaskan peluang ini — jimat, nikmati, dan sambut Merdeka bersama kami! 🛒✨
 
Pesan dengan mudah dan selamat melalui pautan kami 
 
  
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
🇲🇾🎉 Happy Independence Day 2025 from HUMSPharma! 🎉🇲🇾
 
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Enjoy special promotions all throughout August & September ! 🌟
 
Don’t miss out — save, enjoy, and celebrate Merdeka with us! 🛒✨
 
Order easily and discreetly through our link 
 
👉 Order Now

 

Pengumuman Daripada: Pusat Jaminan Kualiti

 

Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih kepada Pihak Pengurusan Universiti Malaysia Sabah, Ketua-ketua JAFPIB, Warga Universiti Malaysia Sabah, Semua Juruaudit dan Ringkasan Laporan Audit Pematuhan Tahun Kedua Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 dan Audit Pematuhan Tahun Kedua Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat ISO/IEC 27001:2022 oleh Pihak SIRIM QAS pada 8-10 September 2025.

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

📢 JEMPUTAN MENGHADIRI BENGKEL ELSEVIER “SCIENCEDIRECT AI”
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Penerbit UMS dengan kerjasama Perpustakaan UMS & Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) akan menganjurkan bengkel seperti berikut:
 
📅 Tarikh: 18 September 2025 (Khamis)
🕣 Masa: 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Lokasi: Ruang Majlis, Perpustakaan UMS
 
🎤 Penceramah Jemputan:
 
Dr. Benny Ang (Platform Consultant, Southeast Asia – Elsevier ScienceDirect)
“Academic Publishing in the Age of AI: Trends and Challenges”
 
Ms. Gillian Ho (Account Manager, Academic & Government – Elsevier Singapore Pte Ltd)
“Unlock the Power of Research with ScienceDirect AI”
 
📌 Makluman penting:
 
Peserta diminta membawa komputer riba masing-masing.
 
Susun atur tempat duduk berbentuk classroom.
 
Terhad kepada 100 peserta sahaja.
 
📑 Atur cara bengkel dilampirkan untuk rujukan.
📝 Sila daftar melalui pautan Google Form berikut:
👉 https://forms.office.com/r/fB0BEPeRjj
 
Sebarang pertanyaan:
📧 Pn. Norazlynne (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)