Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

Sukacita dimaklumkan, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan Program Padanan Industri (IMaP) Fasa 2 Tahun 2024 melalui Sistem MyGRANTS bermula pada 10 Julai 2024 dan berakhir pada 24 Julai 2024. 
 
Sehubungan dengan, semua Ahli Akademik UMS adalah dipelawa untuk membuat permohonan. 
 
Sebarang pertanyaan lanjut, mohon berhubung dengan Urus Setia PPP, Puan Hetty Hazwani Dzulkipli  (Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya./No.Telefon : 013-8852373) atau Puan Annie Juko (Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya./No. Telefon : 016-8400646) 
 
Sekian dan Terima Kasih
 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera YBhg. Datuk & YBrs. Prof./Dr. /Tuan/Puan, 
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Bersama ini disertakan infografik berkaitan Pengemaskinian Keperluan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (Home Surveillance Order - HSO) Melalui HROnline untuk rujukan dan hebahan di peringkat JAFPIB masing-masing. 
 
Perhatian dan kerjasama di pihak YBhg. Datuk & YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen Dan Wakaf

 

Pusat Pelaburan, Endowmen Dan Wakaf (CIEW) menasihatkan kepada semua Pusat Tanggungjawab untuk mematuhi panduan pelantikan penyewa bagi sewaan ruang dan kemudahan di Pusat Tanggungjawab yang diluluskan di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU), Universiti Malaysia Sabah dan Panduan Permohonan Penilaian daripada Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Bagi Ruang dan Kemudahan di Pusat Tanggungjawab, Universiti Malaysia Sabah

 

Terima Kasih.