Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
 
 
 
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🌸
 
Dimaklumkan bahawa semua kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) adalah DIWAJIBKAN untuk melengkapkan dua (2) kajian nasional yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi tahun 2025 seperti berikut:
 
🧠 1. Kajian Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia (Perkhidmatan Awam) [IKPM-PA] 2025 (semua staf lantikan tetap dan kontrak)
📅 Tempoh: 15 Oktober – 15 November 2025
🎯 Tujuan: Menilai tahap kesejahteraan psikologi penjawat awam melalui 5 dimensi – emosi positif, emosi negatif, kepuasan hidup, kesejahteraan sosial & kefungsian psikologi.
 
🏢 2. Penilaian Ideal Peribadi Organisasi (iNSAN – KPT) (staf lantikan tetap sahaja)
📅 Tempoh: 15 Oktober – 15 November 2025
🎯 Tujuan: Mengukur kesejahteraan dan keserasian nilai peribadi serta organisasi dalam kalangan penjawat awam.
 
✅ Tindakan Diperlukan:
Semua staf diminta melengkapkan kedua-dua penilaian sebelum 15 November 2025.
 
Daripada,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
28 Oktober 2025

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Perkhidmatan Akademik

 

Bahagian Perkhidmatan Akademik , Jabatan Pendaftar, sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada semua pelanggan, bagi mencapai tujuan tersebut tuan/puan dipohon untuk memberi maklum balas dan cadangan dengan melengkapkan borang soal selidik ini.
 
Berikut pautan Kod QR E-Rating:
 
Berikut pautan Kod QR Kajian Kepuasan Pelanggan:

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

 

🌿 PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM USRAH NURANI BIL.4/2025 🌿
Assalamualaikum WBT,
 
 Pusat Islam UMS dengan kerjasama Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita (KESUMBA) UMS menjemput seluruh warga UMS untuk bersama-sama menghayati program Usrah Nurani kali ke-4 bagi tahun 2025:
 
📅 Tarikh: 31 Oktober 2025 (Jumaat)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 10.00 pagi
👤 Penceramah: Dr. Mohd Solleh bin Ab Razak, 
Pensyarah Kanan, 
Fakulti Pengajian Islam (FIS) UMS
 
💻 Tempat: Secara Dalam Talian https://meet.google.com/ers-txkk-xxp
 
 Ayuh sama-sama kita menyelami keindahan dan hikmah al-Quran sebagai sumber motivasi dalam kehidupan seharian.
 
📢 Semua warga UMS dijemput hadir dan mengambil manfaat daripada perkongsian ini.
📌 Sebarang pertanyaan:📞 Ustazah Noorisah (013-2855378)📞 Ustazah Noor Fazelah (016-8655694)
 
#UniversitiMalaysiaSabah
#UMSGlobalReputation
#UMSBrainOfBorneo

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

🌸 PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM USRAH NURANI BIL.3/2025 🌸
 
Assalamualaikum WBT,
Pusat Islam UMS dengan kerjasama Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita (KESUMBA) UMS sukacitanya menjemput semua mahasiswi dan staf wanita UMS untuk menghadiri Usrah Nurani Bil.3/2025 yang akan diadakan seperti berikut:
 
📘 Tajuk: Adab dan Tatacara Mandi Wajib (Khas Wanita Sahaja)
📅 Tarikh: 30 Oktober 2025 (Khamis)
🕘 Masa: 9.00 pagi – 10.30 pagi
📍 Tempat: Masjid UMS
🎙 Penceramah: Ustazah Dg. Hafizah Binti Ag. Basir, 
Ketua Program Syariah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FIS) UMS
 
🌹E-sijil dan mata IDP/SDP✅
 
 
✨ Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu dan memahami dengan lebih mendalam adab serta tatacara mandi wajib menurut syariat Islam.
 
📌 Sebarang pertanyaan:
📞 Ustazah Noorisah (013-2855378)
📞 Ustazah Noor Fazelah (016-8655694)
 
📢 Semua wanita dijemput hadir. Mohon sebarkan! 🌷
 
#WanitaUMS #IlmuDanAmal
#UniversitiMalaysiaSabah
#UMSGlobalReputation
#UMSBrainOfBorneo

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik,
 
Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera,
 
Berikut disertakan tarikh-tarikh penting bagi  penghantaran permohonan dan laporan Pendahuluan Diri & Pelbagai  iaitu:
 
28 Nov 2025 - Tarikh akhir penghantaran permohonan
29 Nov 2025 - 09 Jan 2026 - Permohonan dibekukan
12 Dis 2025 - Tarikh akhir penghantaran laporan pendahuluan
 
✅ Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan poster ini boleh merujuk:
 
Seksyen Perkhidmatan Kakitangan
📧 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.