Pengumuman Daripada: U-Science UMS

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Planetarium Negara dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menganjurkan Program Astronomi Inklusif @Sabah pada 6 November 2025 (Khamis) bertempat di U-Science, UMS.

Program ini dilaksanakan bersempena dengan penyerahan Modul Astronomi Bagi Murid Bekeperluan Khas (MBKP) Ketidakupayaan Penglihatan terbitan MOSTI kepada Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Tuaran, Sabah.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

✨✨SUCIKAN HARTA DENGAN TUNAIKAN ZAKAT HARTA ANDA✨✨
 
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surat At-Taubah Ayat 103)
 
✅Jom tunaikan tanggungjawab kita
✅Daftar atau kemaskini zakat penggajian anda di:-
🔗https://registrar.ums.edu.my/
📍Kaunter Zakat Pusat Islam UMS
 
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Zakat PIUMS:
📞Puan Noorisah (0132855378)
📞Puan Kartini (0198042698)
📞Cik Noorfazlina (0138085856)
 
#membangunbersamaasnaf
#menyantuniasnafpelajar
#zakatmembawaberkat
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini membuka peluang kepada warga universiti untuk menyertai program Infak HELWA melalui potongan gaji bulanan.
 
Program ini bertujuan menyokong pelaksanaan pelbagai aktiviti dakwah dan pembangunan ummah yang melibatkan:
✅Majlis Khatam Al-Quran (Ramadan)
✅Usrah Nurani dan kelas mengaji untuk pelajar, kakitangan serta orang awam
✅Bengkel Tajwid dan pembelajaran Al-Quran
✅Pembangunan kemahiran warga UMS
✅Pembelian bahan-bahan seperti Al-Quran, Iqra’, buku Tajwid dan rehal
 
Cara Penyertaan:
Log masuk ke HROnline v4.0
➡ Pilih Menu
➡ Klik Pusat Islam UMS
➡ Pilih Infak
➡ Klik Kelas Mengaji Helwa
 
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada: 
 
📞 Hotline Pusat Islam UMS: 088320624

#infakmengajihelwa
#umsshare
#umsleadingtowardsinnovativesocieties