Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Sambutan Minggu Akademia UMS 2025 yang akan bermula dari 3 - 10 Oktober 2025. 
Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA) dengan kerjasama Pusat Sukan akan menganjurkan 'Academia Walk' pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 3 Oktober 2025 (Jumaat)
Masa: 4.00 petang
Tempat: Lobi VIP Bangunan Canselori 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar

 

Pekeliling Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar Bil.3/2025
 
 
Dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF) telah mengeluarkan Pekeliling Berkaitan Semakan Permohonan Menduduki Kolej Kediaman, Universiti Malaysia Sabah (UMS).
 
Para pelajar adalah diminta untuk membuat semakan status permohonan menduduki kolej kediaman melalui Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu yang disediakan oleh pihak universiti.
Maklumat lanjut berhubung semakan ini boleh dirujuk pada pekeliling rasmi PNRF. (RujukLampiran ada disertakan)
 
Sehubungan itu, semua pelajar yang terlibat dimohon untuk mengambil perhatian dan membuat semakan dengan segera.
 
Terima kasih atas kerjasama.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini membuka peluang kepada warga universiti untuk menyertai program Infak HELWA melalui potongan gaji bulanan.
 
Program ini bertujuan menyokong pelaksanaan pelbagai aktiviti dakwah dan pembangunan ummah yang melibatkan:
✅Majlis Khatam Al-Quran (Ramadan)
✅Usrah Nurani dan kelas mengaji untuk pelajar, kakitangan serta orang awam
✅Bengkel Tajwid dan pembelajaran Al-Quran
✅Pembangunan kemahiran warga UMS
✅Pembelian bahan-bahan seperti Al-Quran, Iqra’, buku Tajwid dan rehal
 
Cara Penyertaan:
Log masuk ke HROnline v4.0
➡ Pilih Menu
➡ Klik Pusat Islam UMS
➡ Pilih Infak
➡ Klik Kelas Mengaji Helwa
 
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada: 
 
📞 Puan Fazelah:016-8655694
📞 Encik Ghazali: 014-912680

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Semua ketua pentadbiran di J/A/F/P/I/B diminta menetapkan Pegawai Penilai Pertama (PPP), Pegawai Penilai Kedua (PPK) dan PEER (bagi kakitangan akademik dan pentadbiran) bagi Tahun Penilaian 2025.
 
  • Semua kakitangan wajib melengkapkan penilaian prestasi melalui Sistem eLNPT.
  • Penilaian tidak lengkap akan menjejaskan pergerakan gaji tahunan, pengesahan jawatan, penyambungan kontrak, dan urusan perkhidmatan lain.
 
Kerjasama dan tindakan segera YBrs. Dr./Tuan/Puan amat dihargai.
 
Sekian, terima kasih.