Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
YBrs Datuk/ Prof./Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan,
 
PERMOHONAN PENAWARAN GERAN BANTUAN PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH FASA 2/2025
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) telah membuka permohonan Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah Fasa 2/2025 bermula 23 September sehingga 21 Oktober 2025.
 
3. Sehubungan dengan itu, pihak YBrs Datuk/ Prof./Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan, adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan tersebut melalui portal SMPPI; https:///SMPPPI/Default.aspx.
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains 

 

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
PEMAKLUMAN PERKHIDMATAN INSTRUMEN DI PUSAT INSTRUMENTASI DAN PERKHIDMATAN SAINS (PIPS)
 
Sukacita dimaklumkan bahawa poster hebahan berkaitan perkhidmatan instrumen yang disediakan oleh Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS), Universiti Malaysia Sabah dilampirkan bersama untuk makluman dan rujukan YBhg. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan.
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

📣 Hari Penglihatan Sedunia | Forum Kesedaran Mata Kanak-Kanak

 
Ibu bapa & guru! Tahukah anda 1 daripada 4 kanak-kanak mengalami masalah penglihatan yang TIDAK disedari?
 
Sertai forum khas ini dan pelajari:
✅ Tanda awal masalah mata
✅ Kepentingan saringan awal
✅ Petua menjaga mata kanak-kanak di era digital
 
🌟MMA & CPD point diberikan 
🌟E-certificate disediakan
 
📍 ZOOM ONLINE | 🗓️ 11 OKTOBER 2025 (SABTU) | ⏰ 8-11 PAGI
 
Tunggu apa lagi ! Daftar sekarang !
 
#HariPenglihatanSedunia
#MataSihatAnakCemerlang

#ForumKesedaranMata