Pengumuman Daripada: U-Science UMS

 

🎙️Hai semua, sukacita dimaklumkan bahawa U-Science UMS akan mengadakan satu aktiviti menarik iaitu ”STEM Olympiad” pada ketetapan berikut :
 
📆Tarikh : 14 November 2025 (Jumaat)
⏱️ Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
📌Lokasi : Kinabatangan Hall, SICC
 
Aktiviti ini dilaksanakan bertujuan untuk memupuk minat pelajar terhadap bidang STEM melalui pendekatan interaktif dan pertandingan berasaskan pengetahuan am dan inovasi.
 
Semua pelajar, guru, dan pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kota Kinabalu 2025 dijemput hadir bagi memeriahkan acara ini. 
 
Marilah kita bersama-sama menjana masyarakat inovatif selaras dengan tema “Leading Towards Innovative Societies” dan aspirasi #UMSTheBrainOfBorneo

 

Pengumuman Daripada: U-Science UMS

 

🎙️ Professor Madya ChM. Ts. Dr. Mohd. Sani Sarjadi, 
HRD Corp Accredited Trainer,
Fakulti Sains dan Teknologi, UMS
 
🧠 Topik menarik: “Seronoknya Kimia! 5 Perkara Yang Buat Anda kagum”
 
 
📅 Tarikh: 15 November 2025 (Sabtu)
🕧 Masa: 10.00 Pagi
📍 Tempat: Kinabatangan hall, SICC
🔴 Siaran langsung di YouTube: https://youtube.com/live/EHjZQw7hjMI?feature=share
 
Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui apa yang menyeronokkan tentang kimia! 
 
#STEMSpeakerSeries #USCIENCEUMS #UMSTheBrainofBorneo #UMSGlobalReputation #universitimalaysiasabah #FSTUMS #MalaysiaMADANI #PBAKK #KSTI #STEMForAll

 
Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan
 
 
 
HEBAHAN LOKASI PARKIR AWAM – MAJLIS ANUGERAH PENYELIDIKAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (APUMS) 2025
 
Tarikh: 14 November 2025 (Jumaat)
Masa: 7.00 malam
Tempat: Grand Ballroom, Aras 3, Le Méridien Kota Kinabalu
 
Dimaklumkan bahawa Majlis Anugerah Penyelidikan Universiti Malaysia Sabah (APUMS) 2025 akan diadakan di Le Méridien Kota Kinabalu pada tarikh dan masa seperti di atas.
 
Memandangkan kapasiti parkir di dalam kawasan hotel adalah terhad, para jemputan dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan parkir awam atau parkir di kawasan berdekatan seperti berikut:
Lokasi Parkir Awam & Alternatif Berdekatan
 
   1. Tempat Letak Kereta KK Waterfront
    • Terletak berhampiran Sunset Bar dan Anjung Kinabalu (lebih kurang 3 minit berjalan kaki ke hotel).
 
   2. Tempat Letak Kereta Warisan Square / Unic Hotel / The Klagan Hotel
    •Kawasan parkir bertingkat yang luas di kompleks Warisan Square, termasuk parkir berhadapan The Klagan Hotel.
    •Terletak bersebelahan Le Méridien, dengan akses mudah melalui Jalan Tun Fuad Stephens.
 
   3. Tempat Letak Kereta Awam Berhadapan Pasar Filipina (Handicraft Market)
    •Sesuai bagi jemputan yang tiba awal; kira-kira 5 minit berjalan kaki ke hotel.
 
   4. Parkir Pusat Membeli-Belah Berdekatan:
    •Centre Point Sabah (CPS) Shopping Mall – ±6–8 minit berjalan kaki melalui Jalan Asia City / Jalan Coastal. 
 
Saranan Kepada Para Jemputan
 
• Datang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di kawasan pusat bandar pada malam minggu.
• Gunakan aplikasi Google Maps atau Waze bagi panduan ke lokasi parkir terkini.
• Disarankan untuk menggunakan perkhidmatan e-hailing seperti Grab atau berkongsi kenderaan (carpool) bersama rakan jemputan bagi  mengurangkan kesesakan dan memudahkan urusan parkir.
 
Sekretariat
Majlis APUMS 2025

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

INFOGRAFIK PEMAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN TUNTUTAN BAYARAN BALIK KEMUDAHAN TAMBANG IHSAN WILAYAH KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan pemakluman ini bolehlah menghubungi:
💻📨 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
🌶️📲 088-329 068