Pengumuman Daripada: Jawatankuasa Publisiti dan Promosi, Kelab Staf Perpustakaan UMS

 

🎉 MASANYA SUDAH TIBA!! 🥳
 
SUKAN KELAB STAF PERPUSTAKAAN, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (KSPUMS) 2025
 
🗓️ 17 - 20 September 2025
⏰ Masa
* Rabu - Jumaat (4:00 Petang)
* ⁠Sabtu (8:00 Pagi)
 
📍 Lokasi
* Koleksi Kanak-kanak,Perpustakaan
* Gelanggang Arena, UMS (Sabtu)
 
💥 Ayuhh! Tunjukkan semangat kesukanan anda!  🎊🎉🥳
 
Walau bagaimanapun, Perpustakaan akan terus beroperasi seperti biasa mengikut jadual pembukaan yang telah ditetapkan.
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf

 

 

Hebahan Kepada Ketua JAFPIB - Pemakluman Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) Bagi Perkhidmatan Sewaan Secara One-Off dan Berkontrak Di UMS
Hebahan Kepada Syarikat / Penyewa / Pengusaha di UMS - Pemakluman Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) Bagi Perkhidmatan Sewaan Secara One-Off dan Berkontrak Di UMS

 

Dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Bil.12/ 2025 (392) bersetuju untuk menguatkuasakan pelaksanaan kutipan SST bagi perkhidmatan sewaan bermula pada 1 September 2025.
 
Sehubungan itu, semua perkhidmatan sewaan secara one-off dan berkontrak di UMS akan dikenakan SST pada kadar lapan peratus (8%) selaras dengan arahan/ ketetapan daripada pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM). Sebagai tambahan, setiap invois dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Bendahari kepada pihak syarikat/ penyewa/ pengusaha akan memaparkan butiran SST yang jelas seperti yang ditetapkan dalam Akta Cukai Perkhidmatan 2018.
 
Maklumat lanjut sila berhubung dengan Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW), Universiti Malaysia Sabah.
 
Terima kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan OKU

 

PERKONGSIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INKLUSIF DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)
 
📅 18 September 2025 (Khamis) 
⌚10.00 pagi - 12.00 tengah hari
💻Microsoft Teams
🗣️ Dr. Munira binti Abdul Razak, Pengarah, Pusat Perkhidmatan Inklusif, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
✅Mata IDP disediakan
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

 

Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH), Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Penolong Akauntan (UMSPPE2).
 
Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 September 2025 (SEBELUM jam 5.00 petang).
 
Permohonan boleh diemel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

 

Pengumuman Daripada: Pejabat Canselori

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
 
YBhg. Prof. Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Program Jerayawara Bertekad Cemerlang Naib Canselor (JBCNC) Universiti Malaysia Sabah Siri 8/2025 (9) akan diadakan pada  ketetapan seperti berikut:
 
Tarikh   : 18 September 2025 (Khamis)
Masa     : 2.00 petang
Tempat : Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial (FPKS)
 
Bersama-sama ini disertakan Poster Program Jerayawara Bertekad Cemerlang Naib Canselori (JBCNC) untuk Perhatian dan makluman warga Universiti.
 
Sekian.