PENGUMUMAN DARIPADA : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK : PELAWAAN BAGI PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN 
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pendaftar mempelawa kakitangan berstatus tetap dan telah memenuhi kriteria Pengesahan Dalam Perkhidmatan dengan mengisi borang permohonan melalui http://www.ums.edu.my/pendaftar/V3/index.php/en/easy-access/borang-borang. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pendaftar selewat-lewatnya atau pada 27 April 2018 (Jumaat).

PENGUMUMAN DARIPADA: INSTITUT PENYELIDIKAN BIOTEKNOLOGI
SUBJEK: JEMPUTAN MENGHADIRI BENGKEL "NUCLEAR MAGNETIC RESONANCE (NMR) LIQUID- AND SOLID-STATE'
 
YBhg Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Bioteknologi akan mengadakan bengkel bertajuk "Nuclear Magnetic Resonance (NMR) Liquid- and solid-state (Theory and hands-on approaches) pada ketetapan berikut: 
 
 
Tarikh: 10-11 April 2018
Masa: 9.00 pagi - 4.00 ptg
Tempat: Makmal Instrumentasi, Institut Penyelidikan Bioteknologi
 
 
Yuran penyertaan bagi bengkel tersebut adalah seperti yang dilampirkan dalam risalah. Sebarang pertanyaan sila hubungi Dr Ling Yee Soon (samb.:8533) atau En Haslan Roslie (Sam.: 8421). 
 
Sekian, terima kasih.