Kepada : Warga UMS

Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMS

Subjek: Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMS

 
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan(PKKP) bertanggungjawab untuk memaklumkan setiap kakitangan UMS mengenai pernyataan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan terbaharu setelah dikemaskini dan diluluskan oleh pihak berkuasa universiti untuk mengingatkan semua kakitangan iltizam bersama untuk menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat. 

Justeru, sebagai tanda mematuhi peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, setiap JFPIU dimohon untuk mencetak (sekurang-kurangnya saiz A3) dan mempamerkan poster Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMS terkini yang bertarikh 18 Jun 2017 di JFPIU masing-masing dan diharap semua kakitangan dapat membaca dan memahami kandungan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMS tersebut. 

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT LUAR UMS (PLUMS)

SUBJEK: TAKLIMAT APEL (PENILAIAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU) OLEH PEGAWAI AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)

 
Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS) mempelawa kakitangan UMS yang berkelayakan untuk menghadiri Taklimat APEL (Penilaian Berasaskan Pengalaman Terdahulu) yang akan disampaikan oleh Pegawai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada ketetapan berikut:-
 
TARIKH : 24 MAC 2018 (SABTU)
TEMPAT : DKP-10, DEWAN KULIAH PUSAT KE-2 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
MASA : 8.30 PAGI – 5.00 PETANG.
 
ATURCARA PROGRAM :
8.30 pagi – 11.00 pagi – Taklimat APEL
2.00 petang – 5.00 petang – Ujian Aptitude
 
DEFINISI APEL
APEL adalah Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu. Ia dedifinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu. 
APEL terbahagi kepada dua jenis iaitu APEL bagi Tujuan Akses [(APEL(A)] dan APEL bagi Tujuan Penganugerahan Kredit [APEL(C)] .
APEL(A) memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi. Secara umumnya, penilaian APEL(A) melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu. Sehingga kini penilaian APEL(A) telah dibuka untuk EMPAT tahap kemasukan iaitu:
1.
 Kemasukan ke program Sijil (APEL T-3);
2.
 Kemasukan ke program Diploma (APEL T-4);
3.
 Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6); dan
4.
 Kemasukan ke program Ijazah Sarjana (APEL T-7).
 
Permohonan APEL Sarjana (APEL T-7) hanya dibuka untuk warganegara Malaysia yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang pengajian berikut : 
 
1.
 Perniagaan;
2.
 Seni Persembahan;
3.
 Teknologi Maklumat;
4.
 Pendidikan;
5.
 Pengurusan ;
6.
 Sains;
7.
 Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan;
8.
 Pengajian Media;
9.
 Kewartawanan;
10.
 Komunikasi Visual;
11.
 Komunikasi Media;
12.
 Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan;
13.
 Kejuruteraan Elektronik;
14.
 Kejuruteraan Komunikasi;
15.
 Kejuruteraan Awam;
16.
 Kejuruteraan Kimia;
17.
 Kejuruteraan Perisian;
18.
 Sains Komputer; dan
19.
 Sistem Maklumat
 
SYARAT PERMOHONAN :
  1. Warganegara MALAYSIA
  2. Calon haruslah warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas bagi kemasukan ke program peringkat Sarjana Muda (APEL T-6) pada tahun permohonan dibuat dan mempunyai pengalaman yang bersesuaian; atau
  3. Calon haruslah warganegara Malaysia berumur 30 tahun dan ke atas bagi kemasukan ke program peringkat Sarjana (APEL T-7) pada tahun permohonan dibuat dan memiliki kelayakan STPM atau Diploma atau kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya serta mempunyai pengalaman yang bersesuaian.
MASUK ADALAH PERCUMA (SESI TAKLIMAT APEL).
YURAN UJIAN APTITUDE :-
  1. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6) – RM 250.00
  2. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana (APEL T-7) – RM 370.00
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pejabat PLUMS di talian 088-314600.