Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

ATURCARA

SOLAT HAJAT PERDANA PUSAT ISLAM UMS 1447H/2025M

 

TARIKH          : 3 JULAI 2025 (KHAMIS)

TEMPAT         : MASJID UMS

 

MASA

PERKARA

6.00 petang

·        Ketibaan Para Jemaah dan pelajar UMS

6.15 petang

·        Ketibaan pegawai Utama UMS

6.31 petang

·        Solat Maghrib Berjemaah

·        Majlis Bacaan Yasin Dipimpin oleh:-

Ustaz Yusri bin Sumin

 

·        Tazkirah Ringkas Disampaikan Oleh:

Dr. Sarip Adul, Pengarah Pusat Islam UMS

 

 

7.48 malam 

·        Solat Isyak Berjemaah

·        Solat Hajat Dipimpin Oleh:

Ustaz Mohd Zakri Mainang

 

8.00 malam

·        Jamuan Makan

 

·        Bersurai

 

 

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa ingin mendapatkan maklum balas berkenaan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami dari semasa ke semasa. 
 
Pihak kami memohon maklum balas daripada YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk melengkapkan soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui imbasan kod QR di poster bagi meningkatkan mutu & kualiti perkhidmatan kami.
 
Sekian dan terima kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

KEMPEN INFAQ DAPUR RAHMAH MASJID UMS
 
Assalamualaikum WBT YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacitanya, pihak PIUMS membuka penyertaan Infaq Dapur Rahmah (secara potongan gaji bulanan) kepada semua bagi membantu Jemaah masjid khususnya mahasiswa Universiti Malaysia Sabah yang kurang berkemampuan. Sumbangan ini juga digunakan untuk Program Iftar (Berbuka Puasa) Sepanjang Bulan Ramadan,  Iftar (Berbuka Puasa) Isnin dan Khamis, Kupon Makanan Percuma, Pek Makanan Percuma Infaq Anjung Rahmah, Pek Makanan Percuma Kelas Tafaqquh Fiddin Dan Lain-lain aktiviti kebajikan. 
 
Cara Penyertaan:
Log masuk ke HROnline v4.0
➡ Pilih Menu
➡ Klik Pusat Islam UMS
➡ Pilih Infak
➡ Klik Infak Dapur Rahmah
 
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada: 
📞 Puan Fazelah:016-8655694
📞 Encik Ghazali: 014-9126809
 
Rasulullah SAW bersabda:- "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah, dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah SWT tambahkan kemuliaan baginya." (HR Muslim)
 
Semoga sumbangan yang diberikan menjadi saham dan bekalan di akhirat kelak, insya-Allah.
 
#infakdapurrahmah
#UMSShare
#asnafums

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

Selamat sejahtera
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan
 
PEMBUKAAN PERMOHONAN PENUBUHAN SYARIKAT PEMULA (START-UP) DAN SYARIKAT TERBITAN (SPIN-OFF) (SUSO) FASA 2 TAHUN 2025
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Penubuhan Syarikat Pemula (Start-Up) dan Syarikat Terbitan (Spin-Off) (SUSO) bagi Fasa 2 Tahun 2025 kini dibuka kepada semua warga UMS. Permohonan kini dibuka seperti ketetapan berikut:
 
🗓️ Tarikh Buka Permohonan   : 25 Jun 2025 (Rabu)
🗓️ Tarikh Tutup Permohonan  : 23 Julai 2025 (Rabu)
 
Permohonan ini adalah terbuka kepada semua warga UMS yang berkelayakkan. Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk, Dato’, Datin,  Prof., Prof. Madya, Dr., Tuan dan Puan, boleh mengakses atau muat turun BORANG PERMOHONAN pada pautan berikut: https://bit.ly/3Way13z atau dengan mengimbas QR pada poster hebahan. 
 
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi:
En. Mohd Aiddy Suffian Abd Rashid (Ketua Pentadbiran) | 📱013-581 0910 @ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
En. Mixsius Sumpongul | 📱011-5145 4370 @ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
#UMSTHEBRAINOFBORNEO
#PPIPUMS
#InI.UMS