PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK: KEMPEN E-RESPON "WINNING MY STAKEHOLDERS"
 
Selaras dengan  Lonjakan 6: Pemantapan Tadbir Urus melalui program memenangi hati pelanggan yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pemegang taruh dan pelanggan, pihak Jabatan Pendaftar melalui Bahagian Pentadbiran dan Governan telah mencadangkan kempen E-Respon "Winning My Satkeholders" dan mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Eksekutif Jabatan Pendaftar (MEJ) Bil. 6 pada 21 Jun 2016.  Kempen ini diadakan sehingga hujung bulan Julai 2016.
 
Sehubungan dengan itu, pihak kami mengalu-alukan sebarang komen atau maklum balas pelanggan demi untuk menambahbaik perkhidmatan universiti.  Sebarang komen, aduan, atau cadangan penambahbaikan amatlah dihargai dan boleh disalurkan dalam sistem e-respon seperti yang dipaparkan dalam halaman utama website UMS atau melalui link berikut eoffice.ums.edu.my/e-respon.  Sebarang aktiviti-aktiviti JFPIU yang berkaitan dengan kempen ini amatlah digalakkan.

PENGUMUMAN DARIPADA: SEKSYEN PENGURUSAN INOVASI, PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK: JEMPUTAN KE SEMINAR LINDUNGI HARTA INTELEK UNTUK KEKAYAAN MASA HADAPAN
PEGAWAI DIHUBUNGI:                PUAN ROZAIDAH AMIR HUSSEIN
Samb. : 1631
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
CIK MASRINA MAUJAR
Samb. : 1034
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya./Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Dimaklumkan bahawa, PPI dengan kerjasama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) akan menganjurkan satu program seminar bertajuk “Seminar Lindungi Harta Intelek Untuk Kekayaan Masa Hadapan”. Penganjuran program tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh                    :           29 Julai 2016 (Jumaat)
Masa                      :           8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat                   :           Dewan Kuliah Podium D, Kampus Antarabangsa Labuan
                                           (KAL), Universiti Malaysia Sabah
                                               
Sehubungan itu, dijemput semua kakitangan akademik serta bukan akademik yang berminat untuk menghadiri program tersebut. Pengesahan kehadiran hendaklah dimaklumkan kepada urusetia melalui email kepada pegawai berkenaan selewat-lewatnya pada 22 Julai 2016 (Jumaat). Turut dilampirkan tentatif program untuk rujukan selanjutnya.
 
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan pegawai sepertimana tersebut di atas.
 
Sekian, terima kasih.
 
 

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN CANSELORI
SUBJEK: PEMAKLUMAN PELANTIKAN KETUA UNIT KAJIAN ALGA BAHAYA
 
NamaPelantikanTempoh Pelantikan
Prof. Madya Dr. Teruaki YoshidaPelantikan Ketua Unit Kajian Alga Bahaya, Institut Penyelidikan Marin Borneo
18 Jun 2016 hingga 17 Jun 2018
(2 Tahun)

 

PENGUMUMAN DARIPADA:
SUBJEK: JADUAL KURSUS METADOLOGI PENYELIDIKAN SIRI 02/2016 BAGI KAKITANGAN AKADEMIK YANG INGIN MELANJUTKAN PENGAJIAN SECARA SEPENUH MASA BERGAJI PENUH PERINGKAT PHD DAN SARJANA
 
SIRI
TARIKH
TARIKH AKHIR HANTAR PERMOHONAN
TEMPAT
2
15 OGOS 2016 - 19 OGOS 2016
05 OGOS 2016
PUSAT PENGAJIAN PASCASISWAZAH
 
*Tertakluk kepada sebarang perubahan
 
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
 
  • En. Adrian Welson (No Samb 1185)
  • Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.