Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

KAJIAN BUDAYA MEMBACA DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA 2024
 
Majlis Ketua Pustakawan Universiti Awam Malaysia sedang menjalankan Kajian berkenaan Budaya Membaca di Universiti Awam Malaysia 2024. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti trend serta tabiat membaca dalam kalangan mahasiswa, staf akademik dan staf bukan akademik di Universiti Awam. Soal selidik bagi kajian boleh diakses di pautan berikut: Kajian Budaya Membaca di Universiti Awam Malaysia 2024
 
Kaji selidik ini mengandungi 20 soalan mudah. Sila jawab setiap soalan mengikut pendapat anda sendiri. Semua maklumat yang diberikan adalah SULIT dan akan digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja.
 
Definisi membaca dalam konteks kajian ini merujuk kepada pembacaan bahan dalam bentuk cetak atau digital, sama ada ilmiah ataupun bacaan ringan.
 
Terima kasih atas penyertaan dan sumbangan anda dalam kaji selidik ini.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
SURVEY ON READING CULTURE AT PUBLIC UNIVERSITIES IN MALAYSIA 2024
 
The Malaysian Public University Chief Librarian Council is conducting a study on the reading culture at Public Universities in Malaysia 2024. The objective of the study is to identify the reading trends and habits among students and staff in local public universities. The survey of the study can be accessed from the link here: Survey On Reading Culture at Public Universities In Malaysia 2024
 
This survey contains 20 simple questions. Please answer each question based on your own opinion. All information provided is CONFIDENTIAL and will be used for research purposes only.
 
The definition of reading in the context of this study refers to reading materials in print or digital, either for academic or leisure purposes.
 
Thank you for your participation and contribution in this survey.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat

 

Jom bersama FB Live bertajuk SSPA - Pencen Kekal pada:

🗓️ 𝟭𝟵 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗞𝗵𝗮𝗺𝗶𝘀
🕙 𝟭𝟬.𝟬𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶 - 𝟭𝟭.𝟬𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶

Tanyalah banyak-banyak soalan agar yang terbuku di hati dan sanubari terjawab.

Sumber : https://www.facebook.com/share/EGBGXu3BTGLcfVwE/?mibextid=oFDknk 

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

PENGENALAN DANA PENYELIDIKAN STRATEGIK (SRF) : 
 
Dana Penyelidikan Strategik (SRF) adalah skim pembiayaan berbentuk geran bagi membiayai penyelidikan strategik dan inisiatif top- down berimpak tinggi kepada negara berdasarkan bidang keutamaan semasa yang telah dikenal pasti. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengambil inisiatif memperkasakan lagi skim SRF dengan melaksanakan permohonan melalui kaedah request for proposal (RFP). Melalui kaedah ini, penyelesaian bagi sesuatu permasalahan atau tujuan khusus dapat diperolehi.
 
OBJEKTIF DANA PENYELIDIKAN STRATEGIK (SRF) : 
 
Dana Penyelidikan Strategik – Request for Proposal (SRF-RFP) bertujuan untuk menyediakan dana bagi membiayai projek-projek yang menyokong pelaksanaan dasar, pelan hala tuju, pelan tindakan atau insiatif kerajaan melalui RFP yang dibangunkan.  Penyelesaian bagi penyataan masalah khusus dalam bentuk teknologi, produk atau proses baharu yang berinovatif dijangka akan menghasilkan impak yang besar kepada sosioekonomi negara selari dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN).
 
Tempoh penghantaran Nota Konsep adalah bermula pada 17 September sehingga 29 Oktober 2024. 
 
Ahli Akademik UMS adalah dipelawa untuk menghantar permohonan bagi dana tersebut. Penghantaran permohonan boleh di buat melalui laman sesawang https://sdb.mosti.gov.my/
 
Sebarang pertanyaan lanjut boleh mengubungi : 
 
  1. Urusetia Dana Penyelidikan Strategik (SRF) melalui emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau melalui Nombor telefon : 03-88885 8315 | 8704 | 8258 | 8317 | 8327. 
  2. Puan Rohani Binti Hadi (Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya./013-803 2554) atau Cik Priscilla Clare Primus (Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya./014-996 8245)

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Komputeran dan Informatik

 

Seksyen Penyelidikan & Inovasi FKI bersama Kumpulan Penyelidikan Data Technologies & Application (DaTA RG) FKI akan mengadakan satu sesi perkongsian ilmu secara atas talian pada ketetapan berikut:  
Tarikh    : 20 September 2024 (Jumaat)
Masa      : 9.00 pagi
Pautan URL - Webex :   https://rb.gy/v1nxkf
 
Mata IDP akan diberikan.