PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT JARINGAN INDUSTRI DAN KOMUNITI
SUBJEK: HEBAHAN PERMOHONAN GERAN "KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP)" — SKIM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT PELAN "ROLLING" KEDUA (2017)
 
YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara diatas.
 
Untuk makluman, permohonan bagi Geran "Knowledge Transfer Programme (KTP)"- Skim Pembelajaran Sepanjang Hayat Pelan "Rolling" Kedua (2017) telah dibuka.
Adalah dimaklumkan bahawa permohonan ini terhad kepada 2 cadangan terbaik sahaja bagi setiap universiti. Justeru itu, kami mengalu-alukan permohonan daripada semua pensyarah UMS.
 
 Bersama-sama ini disertakan Borang Permohonan KTP-PSH Versi 6.0 Ogos 2016 dan Garis Panduan KTP-PSH Versi 5.0 Feb 2017 untuk dimuat turun dan untuk tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya.
 
Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dihantar melalui email ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 17 Mac 2017 (Jumaat) jam 5.00 petang untuk tindakan selanjutnya di Pusat Jaringan Industri dan Komuniti (CICN). Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini bolehlah diajukan kepada:
 
  • Prof. Madya Dr. Sivakumar Kumaresan
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Cik Harniwaty Ahmad Ali
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN (ERDEC)
SUBJEK: PROGRAM MY BEST BUY@ PASAR TANI UMS
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Program My Best Buy @ Pasar Tani UMS kini dibuka kembali pada ketetapan berikut :-
 
Tarikh : Bermula 23 Februari 2017 (Setiap Khamis) 
Masa : 3.00 petang hingga 8.00 malam 
Tempat : Perkarangan letak kereta, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Anjung Siswa. 
 
Semua dijemput hadir. 

PENGUMUMAN DARIPADA: FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN

SUBJEK: PROGRAM DAVINCI QUEST

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program ini boleh berhubung dgn Pn. Faranizah di ext 613531 atau Pn. Nurul Izza ext 611420.