Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan
 
PEMAKLUMAN PENGGUNAAN BORANG  TEMPAHAN KENDERAAN (PIND.1/2024) BAGI TUJUAN TEMPAHAN KENDERAAN DI JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN (JPP) UMS
 
Adalah dimaklumkan bahawa pihak JPP melalui Sektor Kenderaan telah mengemaskini Borang  Tempahan Kenderaan bagi tujuan permohonan perkhidmatan kenderaan di JPP. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua pihak untuk menggunakan Borang Tempahan Kenderaan (PIND.1/2024) yang dilampirkan bersama pemakluman ini bagi semua urusan tempahan  kenderaan  berkuatkuasa dari memo ini dikeluarkan.
 
2.    Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini , pihak tuan/puan boleh menghubungi Encik Thomas Ambau, Penolong Jurutera atau Cik Normimi binti Norbin  Pembantu Kemahiran, di talian 014-3712098/019-8606929.
 
 
Sekian.
 
Sektor Kenderaan
Bahagian Perkhidmatan
Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 

Dimaklumkan bahawa Kaji Selidik Darjah Kegembiraan (DK-UMS) bagi Tahun 2024 kini dibuka untuk pengisian melalui pautan dibawah;

https://registrar.ums.edu.my/staff/web/dkums/index     

 

Please answer the UMS Happiness Index Survey through this link :

https://registrar.ums.edu.my/staff/web/dkums/index

Thank you.

 

4 mata IDP UMUM akan diberikan kepada kakitangan yang mengisi kaji selidik ini.

 

Sebarang pertanyaan lanjut:

Sektor Prestasi dan Psikologi

💻📨 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

📝📲 0168917313 / 0168065272 / 0168446578

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBhg Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya Pihak Hospital Universiti Malaysia Sabah, menjemput YBhg Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, ke

Majlis Perasmian Program Komuniti Sihat Melihat Mendengar (KoSiMM)

Tarikh : 20 OGOS 2024, SELASA
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Seminar 1, Pusat Islam, UMS
 
Antara Aktiviti menarik:
* Sesi Perkongsian Interaktif daripada Pakar ENT, Jabatan Otorinolaringologi & Pakar Mata, Jabatan Oftalmologi
        " See the beauty, Hear the harmony" (Mata IDP dsediakan)
* Pemeriksaan mata dan telinga secara PERCUMA oleh Pakar
 
SEMUA DIJEMPUT HADIR!!