Pengumuman Daripada: Pejabat Canselori

 

 

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, mohon kerjasama YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan melalui QR Code tersebut. Maklumbalas anda amat kami hargai.

 

Hasil kajian akan digunakan untuk menambah baik perkhidmatan kepada pelanggan pada masa hadapan. Sila imbas kod QR di atas atau melaui Pautan:


https://eoffice.ums.edu.my/e-respon/kepuasan_pelanggan.php?id=170&key=CANSELORI

 

Terima kasih atas maklum balas anda.

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS (PUMS)

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Penerbit UMS (PUMS).

 

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan PUMS secara berterusan, YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon agar dapat mengisi dan melengkapkan soal selidik kajian kepuasan pelanggan PUMS melalui imbasan kod QR di poster atau pautan berikut;

 

https://shorturl.at/nsBRU

 

Maklum balas YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS (PIUMS)

 

 

Assalamualaikum WBT YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Sukacitanya, pihak PIUMS membuka penyertaan Infaq Dapur Rahmah (secara potongan gaji bulanan) kepada semua bagi membantu Jemaah masjid khususnya mahasiswa Universiti Malaysia Sabah yang kurang berkemampuan. Sumbangan ini juga digunakan untuk Program Iftar (Berbuka Puasa) Sepanjang Bulan Ramadan, Iftar (Berbuka Puasa) Isnin dan Khamis, Kupon Makanan Percuma, Pek Makanan Percuma Infaq Anjung Rahmah, Pek Makanan Percuma Kelas Tafaqquh Fiddin Dan Lain-lain aktiviti kebajikan. 

 

Cara Penyertaan:

Log masuk ke HROnline v4.0

➡ Pilih Menu

➡ Klik Pusat Islam UMS

➡ Pilih Infak

➡ Klik Infak Dapur Rahmah

 

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada: 

📞 Puan Fazelah:016-8655694

📞 Encik Ghazali: 014-9126809

 

Rasulullah SAW bersabda:- "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah, dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah SWT tambahkan kemuliaan baginya." (HR Muslim)

 

Semoga sumbangan yang diberikan menjadi saham dan bekalan di akhirat kelak, insya-Allah.