Pengumuman Daripada: Fakulti Komputeran dan Informatik

 

Seksyen Penyelidikan & Inovasi FKI bersama Kumpulan Penyelidikan Data Technologies & Application (DaTA RG) FKI akan mengadakan satu sesi perkongsian ilmu secara atas talian pada ketetapan berikut:  
Tarikh    : 20 September 2024 (Jumaat)
Masa      : 9.00 pagi
Pautan URL - Webex :   https://rb.gy/v1nxkf
 
Mata IDP akan diberikan.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengajian Pascasiswazah

 

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof./Dr. /Tuan/Puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa, Pusat Pengajian Pascasiswazah UMS sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.
 
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan kami di pautan berikut:
 
 
atau dengan mengimbas QR di dalam Flyer
 
Maklumbalas anda amatlah kami hargai bagi membantu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam mengisi dan menjadi responden kajian kepuasan pelanggan ini. 
 
Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

Merdeka & Hari Malaysia 2024 Promo
Balik Kampung Set Kit
VIVIFY Herbal Soap & TREAL Shampoo
 
Selamat Hari Merdeka & Hari Malaysia 2024 dari HUMS Pharma! 🇲🇾
 
Dalam semangat kemerdekaan, kami di HUMS Pharma ingin menghargai sokongan anda dengan tawaran diskaun istimewa!
 
Nikmati diskaun 5-10% untuk semua produk kesihatan dan suplemen sepanjang bulan Ogos hingga September.
 
Jangan lepaskan peluang untuk menjaga kesihatan anda sambil meraikan hari bersejarah ini bersama kami.
 
Kunjungi HUMS Pharma hari ini dan manfaatkan promosi hebat ini! Merdeka! Malaysia Madani! 🎉
Tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar

 

Terbuka untuk Pengurusan Universiti, Pensyarah, dan Siswa/Siswi!              
 
Ketahui cara mengkomersialkan dan memastikan kelestarian perniagaan bersama Profesor Dr. Jidon Janaun, Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan UMS.  
 
   Tarikh:          18 September 2024 
   Masa :           2:00 PM – 5:00 PM 
   Kaedah:       Webex  ( https://bit.ly/3MGYcJU )
   password:   BRums2024 
 
Pendaftaran percuma dan sijil penyertaan disediakan! 
 
Jom sertai dan tingkatkan pengetahuan anda dalam ketelusan korporat! 📈 
 
Sebarang kemusykilan, mohon hubungi saudari Claudia Desmond Saging 
(Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) untuk maklumat lanjut.
 
Segala kerjasama daripada pihak dr/tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.