Pengumuman Daripada: Persatuan Pengurusan dan Profesional Universiti Malaysia Sabah (PPUMS)

 

Brosur Persidangan Pengurusan dan Profesional Kinabalu VI 
Assalamualaikum wbt. / Salam Sejahtera,
 
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Universiti Malaysia Sabah (PPUMS) akan menganjurkan Persidangan Pengurusan dan Profesional Kinabalu VI (PPPK-VI) tahun 2024 seperti berikut; 
 
Tarikh : 29-30 Julai 2024 (Isnin-Selasa)
Tempat : The Pacific Sutera Hotel, Kota Kinabalu
Tema : ‘Catalyzing Leadership: Driving Positive Change in a Dynamic World’
Yuran Penyertaan : RM1,300.00 (Penyertaan Awal : RM1,200.00 sehingga 31 Mei 2024)
 
Oleh itu, PPUMS ingin menjemput YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menyertai Persidangan Pengurusan dan Profesional Kinabalu VI Tahun 2024.
 
Borang pendaftaran penyertaan adalah seperti pada pautan berikut:
 
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak urus setia: 
(i)   Puan Nurhani Sugianto
      Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
 
(ii)  Puan Norliza Abdullah                
       Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
 
(iii) Puan Nuraliah Alias                 
       Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

HEBAHAN PEMBUKAAN PENDAFTARAN BAGI PERTANDINGAN PEREKA 2024
 
Salam sejahtera,
 
YBhg. Datuk, Dato’, Datin, YBrs. Prof, YBrs. Prof. Madya, YBrs. Dr., Tuan dan Puan,
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
Pihak Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa pendaftaran untuk Pertandingan Rekacipta (PEREKA) 2024 telah dibuka kepada Peserta. YBhg. Datuk, Dato’, Datin, YBrs. Prof, YBrs. Prof. Madya, YBrs. Dr., Tuan dan Puan, boleh membuat pendaftaran tersebut dengan mengimbas QR kod atau dengan melayari pautan seperti berikut:
 
Pautan Pendaftaran: https://rb.gy/onvx3i 
 
Jom sertai Pertandingan PEREKA 2024 yang bakal berlangsung seperti butiran berikut:
 
Tarikh: 31 Julai – 02 Ogos 2024
Tempat: Dewan Kuliah Pusat, Universiti Malaysia Sabah.
Tarikh tutup Pendaftaran: 30 Jun 2024
 

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

🪙 HANYA 2.577% SAHAJA🪙
Zakat yang dituntut hanya 2.577% daripada pendapatan kita. Besar ganjaran pahala sekiranya kita menunaikan tuntutan kewajipan zakat.
 
📍 KAUNTER ZAKAT PUSAT ISLAM UMS📍
 
Hari: Setiap Hari Isnin - Jumaat
Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang
Tempat: Pusat Islam UMS
 
Sebarang Persoalan @ Perkhidmatan secara atas talian, Sila hubungi:
Puan Noorisah (https://wa.me/60132855378)
Puan Kartini (https://wa.me/60198042698)
Encik Hilmi (https://wa.me/60143919821)
Cik Raisyah (https://wa.me/60168505856)
 
“Seseorang lelaki daripada Bani Tamim telah datang kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: “Wahai Rasulullah aku memiliki harta yang banyak juga mempunyai keluarga dan anak-anak. Terangkan kepada ku, bagaimanakah harus membelanjakannya dan apakah yang harus aku buat?”. Jawab Rasulullah SAW: “Engkau keluarkanlah zakat sebahagian daripada hartamu kerana sesungguhnya ia (zakat) adalah penyuci yang menyucikanmu dan engkau menghubungkan silaturrahim kaum kerabatmu.”
 
(HR Ahmad)
 
#zakatmembawaberkat
#UMSshare
 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat 

 

 

1.  Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat, Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Human Resource Development Corporation (HRD Corp) akan menganjurkan latihan tersebut di atas pada ketetapan seperti berikut;

Tarikh
: 19 – 30 Jun 2024
Masa
: 8.30 – 5.00 petang
Tempat/Kaedah
: Secara fizikal/secara dalam talian
 
2.  Untuk makluman YBhg. Datuk/Prof./Dr./tuan/puan, NTW 2024 ialah minggu latihan dan aktiviti di seluruh negara yang menghimpunkan organisasi serta individu daripada latar belakang dari industri untuk peluang pembelajaran dan pembangunan. NTW 2024 akan menampilkan program latihan merentasi pelbagai topik dan bidang kemahiran dan ditawarkan secara percuma.