PENGUMUMAN DARIPADA : JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK : MAKLUMAN PENGGUNAAN SISTEM PERMOHONAN PELANJUTAN KONTRAK KAKITANGAN PENTADBIRAN
 
Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa kakitangan pentadbiran Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Lantikan Kontrak Pusat UMS kini boleh membuat permohonan Pelantikan Semula Kontrak Perkhidmatan secara atas talian melalui laman sesawang https://registrar.ums.edu.my/staff/web/kontrak/index.
 
2. Akses permohonan akan dibuka 90 hari dari tarikh tamat perkhidmatan kakitangan. Permohonan yang dibuat melalui sistem terdahulu di HRonline adalah terbatal secara automatik dan pemohon perlu mmembuat permohonan semula menggunaan sistem baharu. Bersama ini disertakan Manual Pengguna untuk rujukan tuan/puan.
 
3. Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan kakitangan berikut:
 
a. Encik Ismail Ladama (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / samb. 1444)
b. Puan Norfirdayu Ibrahim (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / samb. 1523)
c. Cik Noridah Bitilis (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / samb. 1088) - Teknikal Sistem
 
Perhatian tuan/puan dalam perkara di atas amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.
 
Sekian dan terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
SUBJEK: LARIAN "HEALTHY HEART RUN 2019"

 
Pegawai dihubungi: Ms. Marilyn Jane Yong (0122437701/611437), atau Ms. Rina Norgainathai (0165181023/611418) atau Madam Jecelyn Leaslie John (01136467872/611518). 
#ComeRunForYourHeart
#HHR2019

PENGUMUMAN

PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

 

Pengguna Perpustakaan yang dihormati, Untuk Makluman Perkhidmatan Perpustakaan akan ditutup pada ketetapan  berikut:-

01 Mei 2019 ( Rabu ) – Cuti Hari Buruh

 

Untuk Perkhidmatan yang berterusan sila layari laman web Perpustakaan UMS seperti berikut:

  http://library.ums.edu.my

atau ezproxy.ums.edu.my/login

 

PENGUMUMAN : PUSAT KERJAYA DAN ALUMNI
SUBJEK : JEMPUTAN KE PROGRAM PROTEGE REACH OUT & AWARENESS ZON SABAH
 
SEMUA KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
YBhg. Prof./Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan,
 
JEMPUTAN KE PROGRAM PROTEGE REACH OUT & AWARENESS ZON SABAH
 
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
 
2.        Sukacita dimaklumkan bahawa, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dengan kerjasama Pusat Kerjaya dan Alumni, Universiti Malaysia Sabah akan menganjurkan Program PROTÉGÉ Reach Out & Awareness Zon Sabah pada ketetapan seperti berikut:-
 
Tarikh     :    02 Mei 2019 (Khamis)
Masa       :    7.15 Pagi
Tempat   :    Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah
 
3.        Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menjemput semua kakitangan Universiti Malaysia Sabah untuk hadir ke majlis ini. Dilampirkan bersama ini tentatif majlis untuk rujukan pihak YBhg. Prof./Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan, selanjutnya.
 
Segala perhatian dan kehadiran YBhg. Prof./Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan, amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.