PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PERUMAHAN PELAJAR DAN HOSPITALITI
SUBJEK: SEMINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI KOLEJ KEDIAMAN SEMPENA SAMBUTAN HARI OSH SEDUNIA PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Salam sejahtera,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Perumahan Pelajar & Hospitaliti (PPPH) akan menganjurkan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Di Kolej Kediaman Sempena Sambutan Hari OSH Sedunia Peringkat Universiti Malaysia Sabah yang akan diadakan pada 30 April 2019 (Selasa).
 
3.       Sehubungan itu, pihak kami memohon agar dapat membuat hebahan kepada semua warga UMS menerusi emel. Bersama ini dilampirkan poster hebahan untuk dihebahkan.
 
Segala kerjasama dan perhatian Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah kami harapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
SUBJEK : AUDIT PEMATUHAN DAN PELUASAN SKOP BAGI SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (SPKKP)
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.   Dimaklumkan Audit Pematuhan dan Peluasan Skop bagi Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) (OHSAS 18001:2007 dan MS 1722:2011) akan berlangsung pada 24 April 2019 sehingga 26 April 2019 di JFPIU berikut:
 
       a) Perpustakaan
       b) Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
       c) Fakulti Sains dan Sumber Alam
       d) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan 
       e) Pusat Islam UMS
       f)  Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
       g) Pusat Pengurusan EcoCampus
       h) Pusat Minda Lestari
       i)  Institut Penyelidikan Bioteknologi
       j)  Pejabat Canselori
       k) Bahagian Audit Dalam
 
3.    Untuk makluman, Audit  Pematuhan dan Peluasan Skop bagi Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) ini adalah sebagai pemantauan pematuhan kepada SPKKP sekaligus sebagai persediaan ke arah Pensijilan Semula SPKKP. 
 
Perhatian dan kerjasama puan berhubung perkara ini amat dihargai. 
 
Sekian.  Terima kasih.