PENGUMUMAN DARIPADA : SEKSYEN KEMAJUAN KERJAYA
KEPADA : KAKITANGAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK : IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
 
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr.,
 
IKLAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
 
- TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA)
- TIMBALAN NAIB CANSELOR (PEMBANGUNAN)
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempelawa kakitangan akademik yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Timbalan Naib Canselori (Pembangunan) di Universiti tersebut dengan mengemukakan surat permohonan, butir jayadiri (Curriculum Vitae) yang terkini dan ringkasan mengenai perancangan KPI (Key Performance Indicator) sekiranya dilantik beserta sebarang dokumen sokongan lain yang berkaitan (sekiranya ada).
 
3. Bersama ini dilampirkan iklan Jawatan (Lampiran A) untuk makluman dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mei 2016 (Isnin).
Sekian.

PENGUMUMAN DARIPADA
: JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK
: PEKELILING PENDAFTAR BILANGAN 5 TAHUN 2016: PELAKSANAAN WAKTU BEKERJA DALAM BULAN RAMADHAN 1437H DAN PELEPASAN BEKERJA SEPARUH HARI DARIPADA SATU HARI SEBELUM PERAYAAN HARI RAYA ADILFITRI BAGI KAKITANGAN BERAGAMA ISLAM
 
SEMUA KETUA JABATAN
Y.Brs. Prof./Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan;
 
PEKELILING PENDAFTAR BILANGAN 5 TAHUN 2016: PELAKSANAAN WAKTU BEKERJA DALAM BULAN RAMADHAN 1437H DAN PELEPASAN BEKERJA SEPARUH HARI DARIPADA SATU HARI SEBELUM PERAYAAN HARI RAYA ADILFITRI BAGI KAKITANGAN BERAGAMA ISLAM
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.  Bersama ini disertakan Pekeliling Pendaftar Bilangan 5 Tahun 2016 yang jelas maksudnya mengenai perkara tersebut di atas untuk makluman dan tindakan lanjut pihak Y.Brs. Prof./Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan.
 
3.  Mohon perkara ini dimaklumkan kepada semua kakitangan di J/F/P/I/U/B masing-masing. Pekeliling tersebut boleh dicapai melalui laman web Jabatan Pendaftar (http://www.ums.edu.my/pendaftar/).
 
Segala perhatian dan kerjasama dari pihak Y.Brs. Prof./Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.